Kelmarin aku jengah Pasar Ramadhan Presint 2 dengan niat di hati nak cari Kek Lapis.
Pusing-pusing takjumpa. Takpelah, aku tunggu karnival Jom Beli Barang Raya sebab tahun lepas ada jual kek lapis kat situ.
Aku dapati seperti tahun-tahun sudah, selalunya peniaga Pasar Ramadhan adalah orang yang sama berniaga tiap2 minggu Pasar Tani. Cuma pasar ramadhan bertambah orang baru.
Tapi seperti tahun-tahun lepas, kebanyakan makanan Pasar Ramadhan Presint 2 Putrajaya adalah yang TERMAHAL, TERKECIL/TERSIKIT makanannya dan TAK SEDAP.
Ada kalangan peniaga yang suka letak harga sesuka hati. Contohnya peniaga kek. Minggu pertama 40 ringgit sebiji, next weeknya tanya balik 45 ringgit sebiji untuk kek coklat marble. Aku beli sepotong je (2.50) sebab nak test untuk kek birthday aku masa tu.
Balik rumah buka puasa makan... tengik ko kek dia! Agaknya kek tu dah lama atau guna bahan lama.. Kek tu nampak baru dan fresh sebab disalut coklat tebal2. Tapi lidah tidak menipu.
Sup utara kat situ sampai 4 ringgit ketika tempat lain jual 3 ringgit sebungkus.
Murtabak pun 4 ringgit ketika tempat lain seperti Lot 10 masih menjual 2.50 sekeping.
Yang aku perasan turun harga adalah puding caramel daripada tahun lepas 3 ringgit jadi 2 ringgit sepotong.
Tempoyak daun kayu satu senduk 3 ringgit. Beli jugak ko sebab teringin makanan N9.
Kalau beli santan, pasar tani lain jual 1.80. Tapi di presint 2 tu dijual 2 ringgit sebungkus.
Makanan nak kata sedap.. kebanyakan hancur. Yang sedap cuma peniaga yang memang ada kedai makan yang buka gerai di situ. dan juga peniaga2 yang diyakini sedap masa jual di Pasar Tani. yang lain... banyak yang tak kena.
Sebenarnya diorang ni silap. Diorang anggap rakyat Putrajaya tu tak putus duit sebab staf gomen income tetap. KUASA BELI TINGGI kononnya.
Padahal diorang lupa bahawa staf gomen bukannya kaya. Orang kaya di Putrajaya tu tak sampai 5% itupon golongan atasan seperti datok2 dan pengarah je.
Kalau nak letak harga mahal-mahal, juallah di tempat korporat. spt PJ dan Damansara.

1 comment:
dorg dah set dlm otak yg dok ptrjy tuh kaye2 blake
Post a Comment