Tuesday 25 June 2013

Jerebu Mengingatkan Kita Pada Nikmat Allah s.w.t. Yang Sering Dilupakan iaitu Udara Yang Bersih

Salam semua...

Pembakaran terbuka secara besar-besaran yang berlaku di Indonesia telah menyebabkan ketiga-tiga negara termasuk Malaysia dan Singapura mengalami kesan langsung akibat perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang rakus mengaut keuntungan semata-mata.

Akibatnya kualiti udara ketiga-tiga negara terjejas teruk menyebabkan kesan langsung terhadap kesihatan rakyat jelata kita... Kesan tak langsung termasuklah sektor pendidikan, pelancongan dan perniagaan mengalami kemerosotan. Contohnya Pesta Floria Putrajaya yang berlangsung sejak Sabtu lepas sepi kerana orang ramai lebih cenderung mengambil langkah selamat iaitu berkunjung ke pusat membeli belah sahaja atau kawasan ber air-cond. Jangan ada yang berumah tangga dalam kereta semata-mata nak pasang air cond sudah.

Masreena sendiri terpaksa batalkan hasrat mengunjungi Pesta Floria Putrajaya kerana bimbang pendedahan berlebihan pada kualiti udara masa kini akan menyebabkan saya sakit. Malah aktiviti udara yang telah saya rancang selama dua bulan juga telah ditunda oleh pihak institut kerana penerbangan tidak boleh diteruskan pada cuaca kabut. Jadual ditunda selagi  jerebu masih belum tamat.

Tapi mengambil kira kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelang, saya tunda aktiviti tersebut hingga lepas raya!

Apa pun, Masreena bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana hari ini selepas sekian lama negara kita kering dan panas, kini hujan telah turun dengan lebatnya di kawasan kerja Masreena iaitu di Putrajaya dan Bangi, kesannya total suspended particulate telah berkurangan. Kualiti udara semakin meningkat. Alhamdulillah, berkat doa Istisqa' orang-orang Mukmin di sini Allah s.w.t. bermurah hati mengizinkan hujan turun bagi membersihkan udara yang kotor. Masreena teringat kata kuliah subuh semasa sekolah dulu, bahawa hujan akan turun selagi berlakunya 3 perkara berikut:

1) Adanya bayi yang lahir ke dunia
2) Tanam-tanaman yang dicucuk tanam
3) Doa orang-orang alim

Siapa pernah terfikir bahawa sektor pelancongan bakal terjejas di Malaysia kerana masalah cuaca? Kini musibah yang melanda negara kita seperti sekarang mesti dibedung, sebagai manusia kita patut melakukan sesuatu agar kejadian sama tidak berulang. Dalam hal ini penguatkuasaan undang-undang sangat diperlukan jadi semua pihak mesti mengambil peranan. Semoga dijadikan iktibar untuk semua agar lebih bekerjasama.

Cheers!

1 comment:

AJ said...

setuju..kita mudah lupa pada alam semulajadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...