Saya memang lum pernah lagi laa main ATV ni. Dengar pun daripada Patricia yang pernah main ATV di Kemensah. Sampailah satu hari tu dapat offer dalam website untuk main beberapa extreme game iaitu 8 lap Go Kart, 3 lap ATV, 1 lap Sky Runner dan 1 lap buggy scooter. Kira OK lah tu, jadilah... sekadar nak merasa naik je kan?
Jadi bermulalah perjalanan ke Jalan Pantai, Port Dickson yang mengambil masa sejam untuk sampai.
Masa mula-mula sampai, kawan saya panik sebab rupa paras Extreme PD Buggy Trek Pit Stop tu ala-ala bangsal je..... kah kah kah. Kelakar tengok reaction generasi muda sekarang bila berdepan dengan tempat yang nampak tak glemer. I releks je la, even tak expect tempat selekeh macam tu tapi I cakap dengan my friend ini semua first impression je... try masuk dulu then it should be fine... don't worry...
Pastu kitorang pun masuklah.... semua petugas tu ada dalam kabin tu. Masa tu barulah kawan i tu calm down... bila dah sembang sikit dengan petugas situ barulah breaking the ice. Kurang sikit culture shock, hehe. Tapi memang terkejut ko.... bila tengok ada 2 ekor anjing dalam kabin tu. So saya expect semua kakitangan tu bukan Islam, kecuali Syed tu tapi pelik jugaklah dia rileks je berlonggok ramai-ramai dalam kabin tu. Btw malas nak sembang lebih-lebih laa pasal personal ni. Kami datang cuma nak main je semua kereta-kereta mainan iteww... tak koser la sembang lebih-lebih dengan strangers
Akhirnya sempat jugak aku merasa naik ATV sebelum umur bertukar veteran. Haha!
Jenuh ko nak kontrol handling dia, sebab seumur hidup mana pernah aku menunggang motor??
Ini namanya dirt and buggy scooter. Tapi kami tak naik sebab bahaya, sambil riding kena berdiri. Takut ahhh
Inilah namanya Sky Runner. Macam naik kereta je cuma bezanya, trek sangat mencabar sebab bawak atas tanah... berbanding drive atas jalan raya.
Dalam banyak-banyak tu ini yang paling senang dan BEST.
Sorang naik satu lab. Gilir-gilir la... my buddy yang turun untuk snap gambar ni.
Lassttt sekali.... barulah pergi ke litar go-kart. First time dengar ada litar go kart di atas bumbung macam ni. Litar ni kena pergi ke shopping mall yang terdekat.
Quiet nice right?
Agak mencabar jugak trek dia sebab corner terlalu tajam... aku bawak tak betul, sampai kuar bau hangit... kikiki
Inilah antara kereta-kereta lumbanya.
Seatnya tersedia beberapa saiz untuk sesapa yang punggung lebar, kecil, ataupun tumpuih... padat ko sarat ko sumo ado jang...
Inilah gambar kami berdua. Lepas amik pic terus turun bawah untuk simpan kamera dalam kereta. Baru naik balik dan pakai helmet.
Memang syok jugaklah berlumba dengan go kart ni even pukul 1 tengahari, hehe... buang tebiat ke apa.... pasal kitorang tersesat sampai ke Ayer Keroh tu yang sampai lambat... Anyway, if nak pergi aktiviti macam ni kenalah ramai-ramai barulah meriah dan jimat... Jumpa lagi next entry, tungguuuuuu
4 comments:
Macam menarik...boleh cuba ni. Tapi xbahaya ke..tak nampak pakai helmet pun
Bahaya jugak Halif.. tapi as mentioned above, park ni masih belum menepati piawaian keselamatan. takpelah kan sesuai kot utk orang perseorangan mcm kami, trek pun kecik je
sori nak tanya kat mana ye tempat ni and ada tak number contact? ktorg nak try la
Extreme PD Buggy di Jalan Pantai. Port Dickson. Contact: 013-201 3727
Post a Comment