Saturday 7 September 2013

Cara Mudah dan Murah ke PWTC

Harap entry ni masih belum terlambat untuk membantu kawan-kawan yang nak pergi ke MATTA Fair di PWTC. Masreena cadangkan naik pengangkutan awam je. Kenapa? Kalau naik kereta confirm traffic jam dan satu hal lagi ialah... parking! Memang berhantu laa nak carik parking... tak sanggup sehh... parking pulak mahal, kalau park dalam PWTC tu RM18 per entry tau!

Jadi Masreena cadangkan supaya naik je kemudahan yang kerajaan sediakan. Nak-nak lagi zaman-zaman minyak naik dan serba serbi ikut naik ni kan.. Kalau tak guna public transport, sapa nak guna? Bangla? Indon? Jadi untuk mengelakkan mereka gunakan public transport yang dibiayai oleh sebahagian daripada subsidi negara.. lebih baik kita guna cepat-cepat sebelum terlambat. Jangan kufur nikmat gitu.

Baiklah, mula-mula pilih stesyen komuter mana yang nak naik tu then boleh bukak website KTM untuk check route bersepadu KTM dengan bas, Ampang LRT, Putra LRT, KLIA Transit, Monorel, apa lagi haa... semua ada kan... boleh check sekali fee dia.

Yang susahnya untuk penduduk Puchong, sebab KTM terdekat adalah Subang Jaya dan Serdang. Kalau naik di Serdang, kena lalu tol Puchong Selatan (RM1.60)... kalau nak pergi ke KTM Subang Jaya, agak jauh tapi takde tol cuma ditukar dengan traffic jam pulak, kikiki... Kalau saya, saya pilih tren Serdang sebab dah biasa naik dari sini since zaman-zaman belajar kat UPM dulu =)

Tapi kan.. kalau dari Serdang, u olls kena U turn dulu tau flat over Mines tu... kat sini banyak orang tersilap kalau tak familiar

Zoom. U-turn ke Mines Resort

Tapi jangan ko pergi Mines pulak.. Lepas U-turn flat over ada 3 simpang... ko kena terus masuk simpang kanan sekali (ke UPM)

Kalau risau pasal kereta nak parking mana, boleh parking di KTM Parking yang disediakan. Kalau naik dari stesyen KTM Serdang, RM3 je per entry Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam. Kalau weekend, boleh parking di parking shop lot biasa je.

Kemudian seberang je jejantas untuk ke KTM. 


Sampai dah

Saya isi siap-siap kad Touch N Go sebab tak nak beratur di kaunter/mesin tiket. Jimat masa.

Untuk wanita, sila naik Ladies Coach ye... kalau tak naik rugi sebab kerajaan dah sediakan kemudahan tapi tak manfaatkan sepenuhnya. Alhamdulillah, sejak ada Ladies Coach ni rasa aman je naik KTM bukan lagi macam dulu... kena tolak dengan jantan-jantan tu sumer... pastu masing-masing asyik menjamu mata je, maklumlah dah berasak-asak laki pempuan kan? Kalau yang couple tu pulak bila bercakap asyik dekat-dekat je muka macam nak bercium je... Yang beromen pun ada... Keji sangat... So Masreena akan tegur "Excuse me, this is public area". haha.. ini citer zaman study dulu la...

Diharapkan lepas ni LRT akan mencontohi inisiatif KTM buat Ladies Coach. Memang besar impak positifnya =D
Tapi kesal betul ada jugak pihak tak bertanggungjawab yang salah guna kemudahan awam ni. Tengok tu, selamba gilerr la mamat tu duduk bahagian wanita....ee annoying laa... Ikutlah peraturan, mana boleh main langgarr je

Pemandangan luar tingkap. Masa ni dua orang akak seat depan aku tu masing-masing tengah amik pic diri sendiri... jadi aku pun tak nak kalahh kikiki

Apakah stesyen untuk ke PWTC? Jawapan: PUTRA.

Sebelum ni tak tahu pun Stesyen Putra ni ke PWTC rupa-rupanya.. sebelum ni jenuh la turun naik tren Bandar Tasik Selatan untuk naik Ampang Line. Rupa-rupanya mudah je tak payah tukar-tukar tren

Tengok, dah nampak Bangunan UMNO tu kan? di situlah letaknya PWTC tu =)

Sebenarnya Masreena ada training selama 5 hari di PWTC, jadi as i mentioned before first time pergi Matta Fair ni sebab kebetulan hari terakhir kursus (Jumaat) adalah Hari Pertama Matta Fair. Selama 5 hari Masreena training di PWTC, memang naik KTM cuma 2 hari yang pertama tu tak tahu pun stesyen PUTRA ni turun PWTC.. aku pergi turun naik LRT Ampang ke stesyen LRT PWTC tu.. dua kali kerja. 

Pengalaman 5 hari guna pengangkutan awam selepas 6 tahun meninggalkannya, Masreena rasa kagum terhadap improvement sistem pengangkutan keretapi elektrik di negara kita. Kalau dulu, haa sesiapa yang sama batch Masreena tu memang tahu la camane HAZAB nya KTM ni.. dengan delay nya, selalu stop tunggu signal nya, dengan menunggunya lama 15 minit pastu tren tak datang terus sambung lagi tunggu lagi 15 minit so bila sampai je tren pun penuh... dengan bercampur lagi dengan Indon, Bangla, Nepal dengan muka masing-masing berminyak kat dalam tu... memang bad experience la masa tuu... trauma je rasa

Sekarang ni alhamdulillah KTM semakin prihatin dengan keperluan pengguna. Sekarang tak tunggu lama dah macam dulu, coach wanita pun banyak, dan takde delay-delay tren lagi. Tambahan pula tren dah extend, kalau dulu sampai Seremban je.. sekarang dah extend sampai ke Senawang, Sungai Gadut... begitu jugak tren yang menghala ke Perak tu. Senang dah budak-budak IPTA sekarang kan? =D

Oh ya lupa pulak... Harga tambang KTM Serdang ke KTM Putra = RM 2.20 



13 comments:

AJ said...

Tak pergi...tak larat nak bersesak2 di dalam pwtc tu..hehehe

Liza Razak said...

betul tu... KTM skrg dah banyak improvement..dah makin selesa :)

Cik Aann said...

Saya xpernah pegi matta fair..sebab kalau nk pegi melancong asyik org tak bagi pergi je..huhu..nyampah betul..
biasa kalau g pwtc saya naik star. turun kt pwtc. biasa sy akan park kete kt lrt cempaka. dah lama plak rasanya tak naik ktm.. kena naik jugak ni one day ni..


Panadol yang tak rosakkan buah pinggang

Dreamer said...

As salam sis, dari ktm putra tu. Awk jalan je ke pi pwtc?

menuju kehidupan yang hakiki said...

Kak..kita bdok baru nih, sya nk p pwtc esk, sy tgok maps, takes time hmpir 3 jam, dpd ktm ukm k bts dn dpd bts naik lrt k titiwangsa.. salah yer mcmtu?

Early Onion said...

Supposedly, it takes only 10 minutes to walk from Putra station to PWTC. :)

Early Onion said...

Thanks for sharing your experience, Masreena!

记叙故事的猫 said...

This really helps alot . Much appreciated :)
Guess the next thing i need to figure out is which way to go from station :/

Nur Irdina said...

Hi, Masreena. Kalau dari lrt putra heights ke pwtc mcm mana ya? saya tak berapa faham dan takut tersilap lah hihi harap boleh bantu:))

Nur Irdina said...

Hi, Masreena. Kalau dari lrt putra heights ke pwtc mcm mana ya? saya tak berapa faham dan takut tersilap lah hihi harap boleh bantu:))

Unknown said...

ukm - kl sntral - masjid jamek - lrt putra sebelum lrt titiwangsa

Unknown said...

Kalau dari bandar tasik selatan nk ke pwtc macam mana? Boleh bantu saya tak?

Unknown said...

Kalau dari bandar tasik selatan nk ke pwtc macam mana? Boleh bantu saya tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...