Saturday 31 August 2013

Sukan Tandem Flight Paramotoring Buat Pertama Kali =D

Baiklah entry ni lambat dipublishkan ikut tarikh yg sepatutnya. Apa pun Masreena masih ingin mengucapkan Selamat Hari Patriotisme ke 56 kepada semua rakyat Malaysia. Syukur Alhamdulillah, negara tumpah darahnya kita ini masih aman dan damai hingga ke hari ini… walaupun living cost semakin lama semakin meningkat (stress ko inflasi asyik naik je manjang tak turun-turun)

Jadi apakah aktiviti tuan dan puan pada hari ni? Saya ada open house tengahari dan sebelum tu.. hehe… 

See the thumbnail? Saya naik paraglide!

Kalau masih ingat lagi entry lepas di Putrajaya Hot Balloon saya bila tengok pasukan paragliding beraksi di Putrajaya… tiba-tiba timbul keinginan saya untuk mencuba sukan luncur udara ini. Malu nak mengaku... tapi nak bagitahu juga ni. Flying on the sky is my childhood dream and… until now! Dream tu bukan 'impian' je ye, memang dreaming pun… dan aku tak pasti kenapa dah besar panjang pun masih lagi selalu mimpi terbang ala-ala burung di udara… yang kelakar tu mimpi nak lari dari warden asrama then tiba-tiba terbang lepaskan diri.. ada jugak mimpi kena hambat dengan ayah pastu tiba-tiba boleh terbang…. Haha! tu laa maybe sebab masa budak-budak dulu suka sangat tengok My Little Ponny dan Captain Planet… tu yang masuk mimpii tuuu

Akhirnya selepas berumur 27 tahun, Masreena langsung tak expect, mimpi zaman kanak-kanak tu akhirnya tertunai… semuanya berlaku secara tak sengaja je. Urusan pendaftaran jadi begitu pantas. Sampai je kawasan lapang, cina-cina tu sibuk cari arah tiupan angin (headwind) untuk kembangkan belon tu…. 

Bila dah kembang je baru boleh terbang paraglide tu



Pakai seat belt, safety helmet, kaki letak atas palang, dan.. baca bismillah! *maaf pic tak edit. Tiba-tiba aku rasa bentuk dia sama macam naik sky runner hari tuu (pic kecil).

 
Hmm macam ada sedikit persamaan reka bentuk cuma ada Payung kat belakang dan designnya di ringkaskan supaya lebih ringan - komen penulis yang feeling aerospace engineer

Then, are you ready? 

Mula-mula dalam 3 meter tandem paraglide tu jalan macam motor.. then masa dia mula-mula terangkat, ha kau! Mahu tak berderau! Giler takut! Perasaan dia, lebih kurang sama macam naik helicopter itu hari, tapi paraglide ni lebih berderau 2x ganda sebab ko naik ‘motor’ yang terbuka je! Haha

Tapi sekejap je takut tu.. bila dah sampai langit, wahhh bestnyaaa.. terasa seperti burung yang berterbangan… hebat!  =)

Menikmati pemandangan indah di atas udara… Paraglide boleh control sendiri nak ke kiri, nak ke kanan, kalau nak naik tinggi lagi kena press minyak.




Upload sikit videonya…

20 minit lah jugak dok terbang kat atas tu… kalau pasangan bercinta memang syok la.. tapi make sure lelaki tu certified untuk terbangkan parachute ni… takkan yang perempuan kot? dan make sure berat masing-masing tak lebih 80 kg ye! Kalau exceed takut tak stable pulak

Hihi.... tengok belakang tu ada certified person

euww gayat!

Getting closer and appreciate the nature more. Subhanallah =D



Masa amik gambar ni make sure tali kamera sangkut pada lengan ye kawan-kawan.. kalau boleh ikat lagi baik

Selepas puas menikmati pemandangan udara (sebenarnya terbang tu yang seronok bangat.. ewah childish sangat).. akhirnya landing lah kami.. masa landing tak takut apa sangat sebab roda yang akan touch down bukannya kaki.

Akhirnya tamatlah sudah… tiba-tiba rasa addicted dan excited nak belajar! Menurut Chew selalunya kebanyakkan aktivis akan beli sendiri paraglide dan boleh dibawa bercuti ke kawasan yang lapang seperti di pulau-pulau atau pantai. Ataupun join kelab-kelab. Then ada jugak mereka nak ajar saya terbang, tapi, takutlah sebab single parachute tu kena pikul machine tu di belakang… agak berat, perlukan kekuatan fizikal jugak tu
Tengok tu bila aku try pikul sampai senget benget dah badan and tudung sumer

Tengok mamat tu nak terbang sorang-sorang dia..

Ada jugak orang tanya, tak takut jatuh ke? Jawapan Masreena, sebagai seorang yang pentingkan keselamatan, saya yakin dengan ciri-ciri keselamatan aktiviti paraglide ni sebab function dia bukan macam payung terjun, function dia menggunakan machine dan kalau berlaku kecemasan sekalipun masih tidak berbahaya sebab fly using the glider, KEMBANGKAN BELON BARU TERBANG bukan macam payung terjun, terjun dulu baru kembangkan payung . Jadi, mestilah belon dah kembang dulu siap-siap, lagi lah kurang risiko kan? Belon kembang akan memperlahankan impak gravity. Jadi sebagai salah satu sukan udara dalam kelas profesional, paraglide lebih terjamin dari segi keselamatan.

Lagi satu, Masreena prefer naik (tandem) paraglide with certified controller daripada single paraglide. lagipun mendarat or naik yang touch down dulu adalah roda bukannya kaki.. jadi penggunaan tenaga fizikal dapat diminimakan. Lagipun naik berdua ada orang yang control movement gilder di belakang sebagai peneman.. so taklah meroyan sorang-sorang atas langit kikikiki (pasni bolehlah suruh boifren masing-masing amik lessen)

Baiklah kita jumpa lagi next week insya Allah… dengan aktiviti yang tidak kurang menariknya… tungguuuu

3 comments:

Time Traveller said...

Waaa.. amatlah menarik.. dan menarik sesangat.. ni kat area mana ni? Insyallah kalau dah pernah buat bungee jumping yg ni tak takut kot :D

MasReena said...

Time, memang best pun.. seronok tau... Masreena buat kat Pulau Indah, company tu takde premis pun, dia angkut semua paramotor tu naik lori, katanya asalkan ada kawasan lapang boleh terbang tak kira la kat mana-mana pun.. cuba bukak website skyventurer ada butiran dia kat situ =)

Unknown said...

Sekarang dh bole fly di Langkawi pulak
www.malaysianparamotor.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...