Tuesday, 18 February 2014

Surprise On Valentine Day 2014


Maaf, lama sangat entry ni dok terperamm je tak update sampai sekarang dah bulan berapa kan..

Sebenarnya nak share sikit surprise yang saya buat untuk cik abang yang bertuah ni sempena Valentine Day hari tu. Mula-mula nak citer sikit lah berlakunya insiden salah faham kat sini. 

Korang tahu je lah kan lelaki Malaysia ni kadang-kadang konservatif sikit pasal celebration. Especially lelaki Melayu. Berbeza sangat dengan aku yang Dasar Pandang Ke Barat ni.. tapi pandang secara positif lah ye, bukan sampai terover sampai menyalahi akidah gitu...

Tujuan aku buat surprise ni sebenarnya nak eratkan hubungan je.. ye la, nak tunggu buat surprise masa birthday macam lambat lagi je.. raya pun masa tu lambat lagi... so nak carik reason buat surprise, kebetulan ada Valentine Day. Itu je yang terdekat selain raya Cina. Masalahnya Cik Abang ni bukannya Chinese. So, amik je lah Valentine Day. Hantam saja lah

So nak dijadikan cerita, sebelum hari kejadian telah berlaku insiden yang agak melukakan hati aku gak la...hari tu masa nak bagitahu cik abang, aku ada peluang cakap dalam whatsapp je. Sebab dia jauh masa tu.


Masreena: Awak. Awak free tak 14th Februari?

Lelaki: Free awak... Kenapa?

Masreena: Tahu kan 14th Februari tu Valentine Day. So, saya nak buat surprise untuk awak. Tak sabar tengok muka awak terkejut *wink 

Lelaki: Surprise apa??

Masreena: Rahsia. Kalau dah tahu, bukan surprise namanya...saya nak confirm date je ni 14th February tu... nak buat reservation. Jangan lupa save the date.

Lelaki: Eh... awak jangan nak buat bukan-bukan... saya tak biasa surprise - surprise ni

Masreena: Bukan-bukan kenapa pulak?? 
*masa ni dah sedih dah.. bila dengar org cakap macam ni.. macam underrate apa yang aku usahakan...

Lelaki: Yang awak sibuk nak celebrate Valentine Day ni kenapa? Kita ni bercinta ke?? Setahu saya kita masih berkawan kan??

*nak nangis sebab ini bukan benda yg aku nak dengar... bila masa aku cakap celebrate sebab CINTA ko?? Bengang betul! tapi, aku masih bersabar dan cuba ayat-ayat yang berakhlak...Muslimah sejati kan?*

Masreena: Ye...tapi apa salahnya we go thru this cycle first, sebab saya cuma nak eratkan hubungan je... saya pun teringin buat aktiviti ni di kawasan KL. Sebelum ni semua di PJ. Saya expect awak akan suka dengan apa yang bakal awak terima on that day... bukan soal bercinta ke tak bercinta. 

Lelaki: Saya tak suka nak makan malam ada nyanyi-nyanyi ni sumer.. saya tak biasa.. ini sumer poyo tahu tak??

Masreena: What?? Heyy... apa awak merepek?? Bila masa saya nak bawak awak Candle Light Dinner?? Jangan nak perasan laaa... Saya nak bawak awak CRUISING tau tak? This one is much more better than Candle Light Dinner ok??

*hambik ko! 

Lelaki: Cruising tu apa?

Masreena: Pilot Air Craft *dah hilang mood nak bersoal jawab lagi*

Lelaki: Baguslah kalau u buat macam tu...i belum pernah naik air craft lagi...

Masreena: Habis you ingat apa?

Lelaki: I ingat you nak buat dinner pastu ada nyanyi-nyanyi kat meja tu...

Masreena: Itu "you ingat"... you jangan ingat i sama macam perempuan lain yang syok sendiri kat luar tu ok? I m think like a man, remember that

Lelaki: .................


Tibalah hari yang dinanti-nantikan...kami pun sampai di Lapangan Terbang SAAS Subang.

Lelaki: Awak... saya dah tanya budak-budak ofis & rumah saya... senior saya kat ofis yang dah travel sampai ke US tu pun belum pernah naik air craft lagi. 

Masreena: Tahu pun... *pulangkan paku buah keras.*

Lelaki: Budak-budak kat kawasan rumah saya tanya... Siapa yang nak bawak saya naik air craft ni?...diorang tanya Datin mana?

Masreena: Haha

Sebenarnya handle lelaki ni memang kena banyak bersabar la... pasal diorang ingat diorang je yang betul. Geram je boleh pulak dia expect aku buat surprise makan malam.. cett...please la...best ke I tengok you makan, you  tengok I makan? 

Tidak buat masa ini!

Yang aku kelakar tu sementara nak tunggu pukul 10, kami lepak kat Starbucks...dia kemain excited check in Facebook... dan dapat sambutan hangat dari readers FB...diorang teka datin mana sponsor dia naik air craft... haha lawak sehhh... padahal aku rileks je, sebab dah biasa kot...

To be continued...







1 comment:

  1. Salam. lama tak update ni. nak baca sekarang kene block lagi. isk isk isk

    ReplyDelete