IG: aidafrommalaysia

IG: aidafrommalaysia

Monday, 24 April 2017

My Solo Travel To Europe...

Salam.. THIS IS ONLY AN INTRO.

Niat nak pergi ke Eropah ni sebenarnya dah bermula semenjak 4 tahun yang sudah. Cuma bertukar jadi serious since dah agak stabil dengan kehidupan, jadi bila stabil mula lah rasa nak menunaikan impian satu per satu. Antaranya nak pergi Eropah. Setelah dua tahun aku dok melelong "anybody wanna go to Europe?" (ada sesapa nak pergi Europe?) dok melelong dalam forum.. dalam blog.. dalam FB kawan-kawan.. last-last hampeh.. ada yang mula-mula je excited nak join pastu haramm... bagi macam-macam alasan

So bulatkan tekad nak pergi Eropah bila dapat bisnes jual arang batu ke Arab Saudi. Alhamdulillah, ada komisyen sikit dengan nisbah 20:80. Sikitt kott 20... hahaha...

First step... beli tiket flight. Alhamdulilah, dapat RM2,300 je dengan Emirates. Tiket ni murah sebab musim spring. Kalau summer tak dapat kot harga ni.

Second step... plan the itirenary. Since travelling alone, ko jangan nak gatal explore tempat pelik-pelik. Lepas plan iterenanry, plan pergerakan dari satu negara ke negara. Negara yang aku lawati adalah: Netherlands - Germany - Switzerland.

Kenapa tak pergi London dan Paris sekali? Rugi je dah alang-alang sekali pergi Eropah tak masuk sekali 2 tempat tu...

Sebab, aku tak suka bandar. Aku sukakan keindahan semulajadi. Jadi 3 negara ni sesuai nak pergi. Untuk Paris & London, insya allah plan next trip. I don't mind at all.

Maka berlepas lah aku seorang diri di KLIA menaiki Emirates Airlines (Dubai) dengan perjalanan 7 jam kemudian stop di Dubai International Airport sebelum sambung semula 7 jam lagi perjalanan. Kaki memang naik bengkak.

Emirates overall is good. Siap dapat kawan baru lagi dalam flight... ye la, aku ni kuat bercakap. Mahu mati kutu kalau tak buat-buat tegur orang sebelah, hahaha... lagipon dia sorang jugak ke Amsterdam

Mak ayah aku punyalah risau... abang aku yang bagitahu... depan aku mak aku nampak mcm OK.. tapi aku yakinkan diorang yang everything would be fine...

Schipol Airport, Amsterdam, Netherlands
Schiphol Airport boleh tahan lengkap... besar dan convenience.. ada tempat simpan luggage... ada tempat charge handphone... supermarket... restoran.. dll lagi... memang best!


Inilah destinasi aku daripada Amsterdam seterusnya ke Zurich (Swiss) dan sebelum tu terus ke Germany dulu... dari Zurich HB ke Munich HB menaiki bas selama 4 jam

Gambar ni masa di penginapan aku di Swiss... I so lucky to get this kind of room... 

Ni di Swiss... berdekatan Top Of Europe

Gambar berlatar belakang kan perkampungan Swiss



Masa di Adem, Netherlands

Canal early of the moring
Dah edit jadi mcm ni =D
                           
Amsterdam Central (train central) in the morning 






Masa mula-mula sampai Fussen aku naik train... dalam tren ada toilet yang cantik & bersih 

The train Intercity


Tetapi permandangan sepanjang perjalanan adalah to die for! Sangat cantik alam ciptaan Allah SWT. I cant never forget the beauty of the hills and the rivers. Walaupun beratus-satus duit habis beli Swiss Pass ( CHF180 / RM 795) untuk 3 hari... tetapi permandangan yang terbentang dihadapan mata adalah sangat berbaloi. 

First day arrived Swiss.. I cannot wait to walking alone arround the village :)

Masa di Lauterbrunnen terserempak dengan 3 sekawan berlainan negara... dan kami pun travel bersama.. diorang pun jumpa di hoste jugak
 Back to the story, sebelum aku pergi Eropah ni, aku dah bersedia mental dan fizikal. Tetiap petang aku berlari di tepi tasik sebanyak 4 round untuk persiapan mental dan fizikal. Aku jugak mula ambil Vitamin C untuk imunisasi sebab takut sakit sepanjang 10 hari berkelana di Eropah. Kalau sakit sapa nak tolong? Kaki terseliuh pun urut sendiri weii... takdenya nak manja-manja...






Di Zurich Airport nak berlepas ke Schipol Airport. Perjalanan dengan flight cuma sejam lebih sahaja.. tak payah naik train sebab lebih lama iaitu 7 jam & malahan lebih mahal. Naik flight RM 500 sahaja
Persiapan-persiapan yang aku lakukan SEBELUM tiba ke Eropah:

1. Aktifkan Kad ATM untuk ke luar negara kalau boleh 2 jenis bank yang berlainan ie: Maybank & Bank Islam

2. Kosongkan kad kredit, pastikan ada baki sekurang-kurangnya pada 2 jenis ie.: i ada Standchart & RHB Islamic Credit Card.. sebabnya urusan kadangkala lebih murah menggunakan kad kredit ie.: sewa locker untuk simpan luggage. Kad debit/ATM sebenarnya pilihan kedua semasa di oversea sebab kadang kala tak function...

3. Tukar currency exchange siap-siap pada negara yang nak dilawati. Semua negara menggunakan Euro cuma UK dan Swiss kena tukar matawang masing-masing (CHF). Sila tukar secukupnya. Duit silalah simpan dalam jacket yang akan dipakai ke mana juga anda pergi

4. Sehari sebelum berlepas check semula imigresen online untuk persediaan akhir supaya tak ditahan ke luar negara.. sebab kadangkala lambat update... kalau ditahan, sempat lagi nak uruskan


From Schipol Airport going back to KLIA... Good bye Amsterdam
Baiklah untuk next entry aku akan update very soon ok... nanti kan =))









No comments:

Post a Comment