Friday 7 July 2017

Vietnam adalah tempat yang paling best dan murah untuk dikunjungi

Salam Aidilfitri untuk semua...

Maaf terlambat giler sampaikan dah jadi basi dah trip ni... sebelum tu, nak bagitahu yang saya dah lama tak melancong sebab simpan duit... sampailah saya dapat extra contract service (saya bekerja full time sebagai SPEAKER & DANCER team untuk majlis-majlis korporat bagi meneruskan kelangsungan hidup.. tapi saya tak suka nak reveal pekerjaan sebenar saya bila berjumpa orang, sebab dah tahu dah... peoples will ask me to dance in front of them especially guys, sorry I) 

yang mana duit lebihan itulah yang saya gunakan untuk travel aka melancong. Kalau takde duit lebihan, saya tak melancong. Duduk diam-diam je kat rumah.


Dan bagaimana terbuka hati nak ke Vietnam, sebab nampak gambar kawan di instagram di Mui Ne, Vietnam sepertimana padang pasir rupanya. membuatkan hati saya terpanggil untuk meletakkan Vietnam sebagai tempat pertama saya sepanjang tour project yg dibiayai oleh extra contract service. haha!

So for this blog i gonna tell you what I feel during the journey, the honest feel... itulah gunanya blog kan, pengalaman  hidup yang takkan dijumpai di buku-buku, majalah mahupun wawancara media elektronik... I will continue for Sydney - Bangkok - Jakarta - Europe - Paris ok. I gonna share with you all of honest tips during my trip. Just be patient :)

Mui Ne, Vietnam. Ramai yang tertipu ingatkan saya di Dubai, Arab. Haha!

Langkah pertama berfungsi sebagai "push" untuk kita mulakan usaha ke arah target kita tu. Jadi, saya pun contact lah travel agent yang saya jumpa semasa saya goggle blog-blog travel. Mrs Khanh. Dia pun bagi saya semua gambar-gambar (brochure sebenarnya) menerusi whatsapp dan merancang trip saya tu nanti. 

Lepas beli flight tiket Air Asia berharga RM 250 pergi dan balik... maka terbanglah saya ke Ho Chi Minh atau nama lainnya Saigon. Terbang dalam 2 jam lebih sikit.

If you are not familiar with Vietnam, you can see from this map. I'm now in HCM city, capital city of Vietnam, at the south part (selatan Vietnam)

Sampai di airport, alamak macam ni je ke airport nya. Ok fine. Sedar-sedar sikit diri tu naik flight tambang murah.. makanya lapangan terbang pun yg murah je lah kan. Kemudian saya beli sim kad Vietnam untuk memudahkan saya contact Mrs Khanh tu.

Sampai airport dah tahu bas apa nak pergi ke bandar Saigon tu... apa2 pun cuma contact Mrs Khanh ni je sebagai kaunter pertanyaan hehe... Tapi jangan pulak ko tanya soalan tapi tak ambil dia sebagai Tour Agent plak. Please don't treat people like that ok.

Masa ambil bas dari Airport Saigon untuk turun ke bandar HCM tu, saya bertanya kondutor bas perempuan Vietnam, di mana Ben Thanh Market area.. boleh dia menjeling, alamak... sadisnya... couple mat salleh kat blakang i ni elok pulak dia jawab... maybe because i'm wearing a hijab, and I'm alone, this is what i'm feel ok. My honest feel  T_T

Takpelah... mungkin dia menganggap saya tidak punya apa, saya datang ke Vietnam berseorangan nampak macam takde boifren, maka saya kelihatan tak menarik tambahan lagi dgn memakai hijab lalu diberinya saya jelingan maut sebegitu rupa. Then dia turunkan saya di tempat yang salah iaitu di bus stand bukannya di shop lot tour agent. Last-last Mrs  Khanh yang datang jemput saya,.... maaf puan kerana menyusahkan... baik sangat Mrs Khanh ni, and she able to speak in good English. 

Tapi saya tak pergi dahulu ke hotel tau, sebab malam pertama saya bakal menginap di motel Mui Ne. In Mui Ne don't have any 3 star hotel or you need to check by yourself (if any quite far from beach). Saya terus berjumpa Mrs Khanh, buat bayaran dan terus menaiki bas ke Mui Ne, yang terletak dalam 8 jam perjalanan menaiki bas dari HCM. 

Sepanjang perjalanan menaiki bas (bas yang ada katil tu) ada banyak kali berenti-berenti untuk ke washroom. In the bus have a lot of Vietnam peoples and white peoples (usually couple) also take the same bus. Yang sorang-sorang macam saya... ada jugak sorang dua. 

Masa dah nak sampai tu... iaitu petandanya apabila sorang demi sorang mat salleh dah turun.. how about me? aduhai stress nya... terpaksa iols pindah daripada katil belakang pergi ke belakang driver to ensure that i'll not missed the hotel. And they also don't speak good English, so i only show the voucher. Motel tu dah termasuk dengan harga yang bayar pada Mrs Khanh tadi. 

Staff kaunter hotel tu pesan besok pagi-pagi untuk tengok sunrise di pantai Mui Ne, please be in front of motel at 4 am. Some body will take you. Ok.

Malam tu lapar.... saya ni kalau travel negara bukan Islam apatah lagi Vietnam (Sydney boleh terima lagi sebab banyak mat salleh Islam di sana maka banyaklah jugak kiosk dan restoran halal) kebiasaanya saya jadi LANGSUNG tak berselera nak makan.... sanggup tahan lapar... untuk mengelakkan sakit perut jadi saya cuma bawak bihun PAMA.... jangan golak yo

Image result for bihun pama
Bihun Pama penyelamat porut

Masa nak pinjam mangkuk & cerek di dapur motel, saya ketuk bilik tidur staff selepas menaip ayat panjang di Goggle Translate bahasa Vietnam kenapa mereka seharusnya meminjamkan saya mangkuk, sudu garpu & cerek untuk saya hehe. Mereka pun bersetuju dan saya pun selepas itu tanpa segan silu akan sentiasa menziarahi dapur tu untuk memasak.... haha... 

Malam tu alarm jangan lupa untuk bangun pukul 3.15 pagi untuk bersiap-siap... stress sorang-sorang ni sebenarnya... kalau berdua, ada gak orang boleh double check kan.

Finally!!!!

Good morning White Sand, Mui Ne !!!!
Same view in Arab!!!!

Ok tu tadi White Sand.... to see the beautiful of sunrise (matahari terbit). 


"Jangan tinggal daku sayang...."

How i reached here... ok someone bring me using this ATV ok... ok bang hati hati jangan tetiba ko brake emergency plakk
Ok bila dah siap... naik balik jeep pergi pulak ke second desert iaitu dipanggil Red Sand, Mui Ne, Vietnam. Kenapa red sand? sebab.... pasirnya berwarna merah 

Tadaa! hehe
Red isn't it? This is unique!

                                       

Beautiful view when took the pictures!
Back side of Red Sand

After that they bring us to fisherman village - perkampungan nelayan yang mana masa tu dah hampir 10 pagi, so nelayan-nelayan dah hampir siap kerjanya... 

Fisherman Village, Mui Ne, Vietnam
Mencari rezeki di lautan demi sesuap nasi.... ye ke sesuap je? hmmmm

Ok after that they send me back to motel and i going to check out.. dan tunggu bas depan motel yang sama untuk berangkat semula ke HCM. That;s why I travel ni light sesangat, bawak baju3-4 pasang, toiletteries, bihun pama (lol!) dan selipar sahaja... i tak check in luggage di flight Air Asia ye. Only hand carry.

End Day 2 in Vietnam. 











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...