Tuesday 14 April 2020

Tip Bercuti Secara Solo

Dahulu saya sentiasa melelong ke sana ke mari semata-mata nak cari teman melancong sampailah saya tersedar bahawa saya dah bazirkan beberapa tahun untuk mencari teman melancong. Mujurlah saya tersedar cepat, jadi saya memutuskan untuk mula travel seorang diri.


1. Sentiasa Bersedia

-travel solo ni kena gandakan semua benda, bukan sahaja duit malahan aspek keselamatan. Print jadual 2 set, satu bawak dalam hand carry satu lagi dalam luggage check in. Saya pernah diminta itirenari dan semua kertas booking hotel di Schipol Airport, sedangkan di tempat lain seperti pintu masuk UK tidak diminta oleh pegawai imigresen. Saya juga diminta Pihak Kastam membuktikan penginapan saya selama lebih 2 hari 1 malam di Langkawi semasa saya bawa kotak rokok (bawak untuk kawan yang memborong) sekiranya kurang dari 3 hari rokok tersebut bakal dikenakan cukai oleh kastam. Jadi, sentiasa bersedia.

2. Get Self Centred

Inilah masanya untuk buat apa yang kamu mahu seperti - melawat muzium di saat orang lain tidak beminat melakukannya. Pain au chocolat untuk lunch, why not?

3. Sertai Kumpulan

www.friendshiptravel.com menggabungkan solo traveler dalam satu kumpulan. Open your mind & meet new friend!

4. Kurangkan Kos? Boleh!

cari hotel bajet atau ikut cara saya lebih suka hostel sebab boleh dapat kawan travel. Purata harga hostel termurah di Eropah 22 Euro, kalau dapat 23 atau 24 Euro tu jangan tunggu lagi better terus book takut penuh! kalau penuh tinggal yang mahal je :)


Perkara yang perlu dielakkan

1. Tak tukar mata wang asing lebih awal

-menukar duit apabila sampai ke destinasi adalah perkara yang perlu dielakkan. Tukar semua mata wang terlbih dahulu di Malaysia kerana lebih menyusahkan dan kadarnya lebih mahal.

2. Beg lebih muatan

-jangan sesekali beg lebih muatan. Tidak perlulah membawa pakaian berlebihan sekiranya ingin membeli baju semasa melancong nanti.

3. Tiada check list

4. Snack untuk alas perut

- jimat duit poket bila lapar dan sampai ke tempat dituju, bolehlah bawa makanan ringan. Sekurang-kurang biskut, buah, atau kekacang

5. Terlupa bawa ubat-ubatan
- jika kamu ada motion sickness, jangan lupa makan ubat. Elak drama termuntah dalam kapal terbang. Ia menukar percutian kamu kepada nightmare. Jangan lupa ubat cirit birit dan paracetamol untuk mencegah perut dari meragam terutama ketika dalam kapal terbang.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...