Sunday, 3 July 2011

Review Filem Transformers

Since filem Transformers (2007) yang sangat BEST dan menarik terutama pada intro, aku teruja untuk mengikuti sekuel yang kedua "Revenge Of The Fallen" (2009). Malangnya sekuel kedua agak membosankan. Itu pasal aku tak sabar tunggu yang ketiga pula: "Dark Of The Moon" (2011)

So semalam keluar dengan Yuna untuk tengok cerita ni di Summit USJ. Rimas nak pergi Alamanda, sebab banyak sangat budak sekolah/remaja yang menyemakkan Alamanda tu. Ikuti sinopsis ni (kredit untuk admiralhafiz).

Transformers: Dark Of The Moon

Mengisahkan tentang misi Decepticons untuk menghidupkan kembali planet Cybertron setelah lama musnah dalam peperangan.

Hanya terdapat satu cara untuk memastikan hasrat mereka itu tercapai iaitu membawa Cybertron ke bumi. Untuk membawa Cybertron ke bumi Decepticons perlu mendapat bantuan ‘orang dalam’ Autobots kerana hanya dia yang tahu cara untuk mengendalikan teknologi yang dicipta oleh Sentinel Prime.
Seperti biasa, Sam Witwicky dapat menghidu kejahatan Decepticons ini dan dia bersama-sama Autobots berusaha sedaya-upaya menghalang misi jahat Decepticons yang mahu menjajah bumi


Jadi komen aku:-

- Suspens sangat terutama masa diorang dalam bangunan yang hampir runtuh. Berdebar siot
- Puas hati dengan CGI effect yang sangat real.






- Permulaan cerita dah hilang mood sebab tak berkenan dengan pengganti Megan Fox, Rosie Huntington sebab kayu, suara tak best, feeling daring, dan sakit mata tengok bibir dia. Sooo fake



- Paling spoil, babak cinta yang kalau takde pon tak perlu. Ye, sangat potong stim hokkay.. waktu autobots sibuk nak selamatkan dunia, Sam Witwicky pula sibuk nak selamatkan awek dia.



- Macam biasa, tak lupa diselitkan propaganda keji US iaitu nak tunjuk pada seluruh dunia bahawa mereka adalah penyelamat kepada bumi.

- Overall best dan menghiburkan =)

Tuesday, 28 June 2011

Akhirnya aku bergelar pengguna kad kredit



Minggu lepas Customer Service Malayan Banking dari Bukit Jelutong call untuk propose aku sebagai salah seorang pre-approved list untuk buat product terbaru diorang Maybank2cards Credit Cards.

Pre-approved bermakna aku dipilih based on banking record aku dengan Maybank sebelum ni. Baru-baru ni aku sign up akaun simpanan sebab gaji masuk melalui MBB. Jadi SEBARANG DOKUMEN TAK DIPERLUKAN, cuma bagi persetujuan dalam telefon je. Aku syak diorang refer pada current account aku dulu yang digunakan khas untuk syarikat Sdn Bhd aku tu.

Antara penerangan jelas pasal Maybank2cards:-

1. No annual fee
2. Sekali sign up terus dapat dua kad iaitu American Express (AMEX) dan MASTERCARD tapi dengan satu statement dan satu government tax. Perbezaannya AMEX ni charge card dan boleh guna secara worlwide.
3. Lowest interest rate iaitu 8.88% per annum. Selalunya cc bank lain boleh caj sampai 24% setahun!
4. Lifetime Fee Waiver
5. Discount 5% for weekend spending (AMEX)
6. Setiap RM1 dapat 1 point (MASTERCARD) dan untuk AMEX boleh dapat 5 point. Point boleh guna untuk redeem bayar government tax tadi.
7. Boleh draw CASH dengan interest rate 1.5% SEHARI (kalau boleh elakkan).

So setelah consider semua offer di atas, aku nak tunggu apa lagi.. AGGREE la weiiii... tak yah submit dokumen apa pon.. takde masa OK.. peluang baik ni..

dan akhirnya, tak sampai 2 minggu pun siap dah! Dah ambil pagi tadi di Maybank Putrajaya dan dah selamat swipe pon. Nak mengetest kononnya! huhu ;P



Saturday, 18 June 2011

Thanks Encik Helmi!

Resident Architect aku baru balik dari bercuti di kelantan. Beliau bawak serunding satu sorang sebagai buah tangan untuk kami staf-staf Melayu kat sini. Lama sangat dah tak makan serunding, sekali dapat banyak ko! Anyway, aku hargai sangat pemberian beliau ni.. terima kasih! n_n



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...