Tuesday, 18 February 2014

Surprise On Valentine Day 2014


Maaf, lama sangat entry ni dok terperamm je tak update sampai sekarang dah bulan berapa kan..





Wednesday, 11 December 2013

Terbang di Golden Palm Tree

Assalamualaikum w.b.t.

Lamanya saya tak update blog.... tapi apakan daya Masreena tak pergi melancong mana-mana pun.. takkan nak buat cerita rekaan pulak kan. Tapi bulan 12 hari tu saya ada naik lagi Tandem Paramotor cuma malas nak update.. hari ni Masreena ala-ala sedih, lagipun sedang bercuti.. so saya pun melapangkan masa untuk tulis blog

Hari tu saya main Tandem Parachute ni sorang-sorang je...janji dengan sorang kawan tapi biasalah kalau janji dengan air liur je confirm last minute cancel kan?

sepatutnya lokasi yang dijadualkan Pulau Indah, sama macam hari tu (KLIK SINI). Tapi masa reservation tu uncle cakap this week buat kat Golden Palm Tree, Sepang terus Masreena setuju! Ye laa takkan nak mengulang location sama je kan. Teringin nak tengok pemandangan Pantai Golden Palm Tree daripada atas camane... mesti cantikk

Nak dijadikan cerita masa otw ke Pantai Bagan Lalang tu GPS buat hal... entah jalan jauh dihalanya aku... punyalah terasa jauhh... tiap kali masuk je selekoh ingatkan dah sampai rupanya belum lagi, adehhh.... hangin je rasa... sudahnya 1 jam la jugak perjalanannya, rasa nak nangis je aku drive lama-lama dalam kereta... Punyalah menyumpah dalam kereta, kah kah kah...tapi sebaik sahaja sampai dan nampak ada Paramotor yang sedang terbang kat atas... terus bertukar mood dengan serta merta, excited!

Paramotor ni kalau boleh reserve la tengahari sikit atau pagi. Kalau lewat petang takut hujan. Tak pasal-pasal kena postponed. Datang jauh ni tau. Habis minyak kereta.

 Are you ready? Fly!


Sayup-sayup Golden Palm Tree masa amik corner

Berbeza sikit Paramotor yang ni sebab passenger duduk belakang... merempitt

"Sayang selesa tak duduk belakang tu?"
"Selesa sangat bang... thanks for your concern" kikikki

 Naik jenis yang ni laju giler paramotornya... kalau bercakap habiss terbang air liurr

 

Golden Palm Tree

Cantikkk


Golden Palm Tree ni tiru resort pokok kelapa kat Dubai tu sebenarnya


 
 Nampak kan? Pokok kelapa

Masa sampai ni sebenarnya ada satu keluarga ni nak naikkan anak remaja dia... orang kaya kot, selamba je keluar duit RM 180 untuk naik paramotor ni.. pastu siap tambah RM 30 untuk video lagi.. tapi masa ni Masreena beli baucar dengan harga RM 130 je. Ingatkan diorang tipu (harga asal memang macam tu) tapi silap.. rupa-rupanya memang harga asal RM 180. Masreena nampak parent tu hulurkan duit RM 180 pada uncle tu. 

Uncle tu siap pesan kat Masreena.. kalau lebih daripada seorang, bawak kawan boleh dapat RM 100 je dia bagi special rate... tak payah beli baucar, call je nombor dia. Ok lah tu? Sebab sukan udara ni harga memang mahal... tak kira lah ko nak naik heli ke, air craft ke, paramotor ke, payung terjun ke... semua mahal-mahal... 

Btw ni contact number uncle tu

Xtreme Sky Adventure
Michael Yoo : 016 - 2077 077

Sehingga bertemu lagi... tata


Wednesday, 2 October 2013

Blogger-blogger Popular Yang Kaki Plagiat...

Wow garang tajuk entry kali ni.. Bengang betul sebab ada segelintir blogger-blogger popular ni suka plagiat wording dan idea blogger lain yang kurang popular. Maklumlah.... blog kita ni kurang pembaca, so diorang bajet takde sesiapa perasan lah kan... cerdik betul. Lama dah aku observed benda ni, siap tiru jugak word di About Me sebelum ni. So pasni... aku nak create entry yang wordingnya biasa je supaya ko tak dapat  tiru lagi.

Sorang lagi ada blogger popular tu aku perasan... dia selalu tak approve comment aku kat entry dia. Heran jugak mula-mula, iye lah kan dia tak kenal kita pun, tapi dia macam tak suka kita... Tak tahulah pucuk pangkalnya kenapa. Hinggalah satu hari aku comment di entry dia cakap yang aku pun tengah planning jugak benda BEST yang dia tengah promote tu...Komen tu tak show off pun, biasa je, tapi dia tak approve pun komen aku yang tu. Owh, rupa-rupanya dia tak boleh tengok orang lain lebih dari dia ek! Skeptikal!

Orait dah digest? Kali ni Masreena nak share gambar-gambar lama yang baru dijumpai kembali selepas beberapa tahun hilang dalam simpanan. Insy kalau jumpa lagi pic lain di kemudian hari, akan diupdate kemudian. Tujuan letak kat blog ni nak buat travel diary sebenarnya... lagipun bukanlah terlalu personal sangat untuk dikongsi di blog  :)

Nak tahu tak kenapa Masreena tak pernah cuba aktiviti outdoor yang semakin banyak dikomersilkan? Sebab sepanjang 3 tahun belajar di IPTA dulu dah puas merasa dah!

#  Jungle Trecking - Di Kem Tekali sebab jadi urusetia PKBM Laut

#  Hiking - Panjat bukit siap pakai uniform Delta... nangis-nangis sangat masa ni sebab tak larat =)

#  Camping - Semuanya di tepi pantai dan di dalam hutan. Memasak di unggun api. Boleh dikatakan dalam setahun tu sampai 3x kena ikut Annual Camp Training. 3 tahun = 9 kali

#  Menembak di Lapang Sasar - Senjata yang digunakan adalah pistol, senapang M16 dan Stayer. Setaraf komando ko tahu? So sekarang baru ko faham kenapa aku tak minat Paint Ball?

#  Kawad Senjata - Jurulatih nya Encik Donald.. It's my pleasure! I LOVVEEE SO MUCH! Rasa nak ulang balik saat-saat indah tu!

#  Rafting - kayak tu biasa sangat dah semasa di Ptl Chendering... Masa menyusur Sg Perak siap buat RAKIT sendiri guna buluh tau.. apa barang guna rakit belon kan?

#  Circuit Training - Jumping Jack, Squad Jump, Sit Up, Air Borne, Push Up semuanya kena buat dalam laut air masin.. ko bayangkan rintangan dia camane...

#  Mess Etiquette - That's why until now I can eat properly square use cutlery even prawn! And crab!

#  Mess Night - Jadi perempuan kabaret sekali sekala... dengan pemantauan kawan-kawan... =P

#  Sports - Aku dah pandai main bola tampar sejak join ni.. kalau tak sampai mati aku kaki bangku kot?

#  Cruising - haaa ini yang paling semua orang minat kan? Naik kapal! Seronok jugak merentasi Selat Melaka dan Laut China Selatan dengan kapal kan? Hampir 4 hari diperlukan untuk tiba di Kuching, Sarawak. Pergi balik mengambil masa hampir 9 hari.

Tak sangka tiba-tiba list jadi banyak ek?? Oh ya, ada satu yang lupa nak list...iaitu kemahiran BERENANG. Semua jenis gaya boleh, floating, diving, free style, breast stroke, dan back style.

3 tahun dalam Palapes TLDM, wahh rupa-rupanya banyak jugak skill yang aku pandai ek... itu belum campur lagi ilmu Navigasi, Military dan lain-lain yang kami belajar dalam kelas.

Ini kat Markaz Palapes... bergambor dengan kawan aku Mek Kelate... Inesen tak muka masa ni? kikiki

Nep. Anak dua dah ko sekarang. Aku?

Bergambar di depan kapal MV Fajar Samudera di Pelabuhan Kuching. 4 hari dalam kapal, serius bosan giler. Mabuk laut? memang giler dasyat wa cakap lu

Suasana dalam kabin kapal. 

 
Maaf gambar bergegar, masa ni Digital Camera masih baru dalam pasaran teknologi. Masih banyak kekurangan di sana sini

Aku yang bergincu merah tu, haha... Nampak tak masing-masing tengah pegang buku tu? dalam kapal kitorang bukan duduk goyang kaki je tau.. Aktiviti utama kadet-kadet laut adalah menghadiri Kelas. Training kitorang campur dengan Palapes UiTM dan UM iaitu ketiga-tiga skuad ni semua di bawah pentadbiran Kapal Diraja Sri Klang. Yang lain-lain semua aktiviti rutin seperti makan, inspection, reporting, main futsal (bising giler bunyi enjin kapal masa futsal kat bawah tu), dan juga skodeng kapal sebelah guna teropong! kikiki

Basuh baju pulak, curik-curik guna mesin basuh... hehehe. Tapi percaya tak dalam kapal kami tukar baju 4 hari sekali je? Dalam kapal ada AIR COND ye.. baju tebal macam tu mana larat basuh hari-hari

Bergambar dengan Leftenan Sadat


Dengan jurulatih yang mengajar APAK, APAU, signal kapal... navigasi... routing

Ni gambar masa menyusur Sungai Perak naik rakit. Satu group, satu rakit. Tengok tu, muka masing-masing hitam dan tak berberus, hahaha....kenangan betul... Nantilah kalau jumpa balik gambar aku tengah berposing dengan rakit aku update lah ye

Pastu bila dah jadi senior kena promosikan pula Palapes ni kat junior-junior... tu yang kena jaga kaunter tu... kat belakang tu uniform-uniform kami...

 
Masa lawatan ke Putrajaya. Time ni memang kagum giler dengan Masjid Putra, tapi sekarang apa nak heran... memang kerja kat sini pun...

Jadi sekarang korang dah faham... kenapa aku kurang berminat buat aktiviti Laser Tag, White Water Rafting, Go Kart, Paintball, Wall Climbing, dll.. sebabnya dah 3 tahun aku bergelumang dengan semua aktiviti lasak tu seawal usia 19 tahun lagi... Lebih real pulak tu, contohnya kami menembak pakai peluru & senjata yang sebenar... Panjat bukit pun sama, bukannya sekadar panjat dinding semata-mata... dan semua cabaran telah dilalui dengan jayanya... tambahan lagi PERCUMA hokay ditanggung beres oleh Kementerian Pertahanan Malaysia... dan siap dapat elaun lagi!

Even terjun tengah-tengah Laut China Selatan pun pernah... cuma semua tu tak diabadikan dalam bentuk gambar je... sebab zaman tu masih student, so belum mampu guna kamera lagi... Smart Phone pun baru lagi masa tu. dengan kamera paling hebat pun 2.0 MP je.. Ala apa susah, yang penting, MEMORI UNTUK DIKENANG DAN DICERITAKAN...betol tak?  =)

Gambar beruniform? Hilang dah entah ke mana... Insy kalau terjumpa later, Masreena update kat sini. 

Last sekali, ini piuter pentauliahan kami.. melambangkan kejayaan dan kenangan manis yang tidak berbelah bagi =)


Watikah Pentauliahan sebagai Leftenan Muda (alaa macam scroll ijazah tu) aku pada masa tu... disempurnakan oleh Alwathiqu billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah, iaitu Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada ketika tu.  =)

Walau apa pun, keinginan Masreena nak mencuba Scuba Diving masih ada, tapi tengoklah nanti.. kena ambik lesen pulakklah dulu... Keterujaan untuk menerokai dasar lautan tu tetap membara, dan antara kenangan manis Masreena sepanjang 3 tahun bergelar kadet, apabila melihat beberapa ekor Ikan Dolphin mengejar kapal dari belakang... melompat-lompat sebijik macam dalam TV... Indah sekali =)

Akhir kata.. semoga entry ini menjadi inspirasi untuk semua.. Wassalam







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...