Tuesday, 14 April 2020

Tip Bercuti Secara Solo

Dahulu saya sentiasa melelong ke sana ke mari semata-mata nak cari teman melancong sampailah saya tersedar bahawa saya dah bazirkan beberapa tahun untuk mencari teman melancong. Mujurlah saya tersedar cepat, jadi saya memutuskan untuk mula travel seorang diri.


1. Sentiasa Bersedia

-travel solo ni kena gandakan semua benda, bukan sahaja duit malahan aspek keselamatan. Print jadual 2 set, satu bawak dalam hand carry satu lagi dalam luggage check in. Saya pernah diminta itirenari dan semua kertas booking hotel di Schipol Airport, sedangkan di tempat lain seperti pintu masuk UK tidak diminta oleh pegawai imigresen. Saya juga diminta Pihak Kastam membuktikan penginapan saya selama lebih 2 hari 1 malam di Langkawi semasa saya bawa kotak rokok (bawak untuk kawan yang memborong) sekiranya kurang dari 3 hari rokok tersebut bakal dikenakan cukai oleh kastam. Jadi, sentiasa bersedia.

2. Get Self Centred

Inilah masanya untuk buat apa yang kamu mahu seperti - melawat muzium di saat orang lain tidak beminat melakukannya. Pain au chocolat untuk lunch, why not?

3. Sertai Kumpulan

www.friendshiptravel.com menggabungkan solo traveler dalam satu kumpulan. Open your mind & meet new friend!

4. Kurangkan Kos? Boleh!

cari hotel bajet atau ikut cara saya lebih suka hostel sebab boleh dapat kawan travel. Purata harga hostel termurah di Eropah 22 Euro, kalau dapat 23 atau 24 Euro tu jangan tunggu lagi better terus book takut penuh! kalau penuh tinggal yang mahal je :)


Perkara yang perlu dielakkan

1. Tak tukar mata wang asing lebih awal

-menukar duit apabila sampai ke destinasi adalah perkara yang perlu dielakkan. Tukar semua mata wang terlbih dahulu di Malaysia kerana lebih menyusahkan dan kadarnya lebih mahal.

2. Beg lebih muatan

-jangan sesekali beg lebih muatan. Tidak perlulah membawa pakaian berlebihan sekiranya ingin membeli baju semasa melancong nanti.

3. Tiada check list

4. Snack untuk alas perut

- jimat duit poket bila lapar dan sampai ke tempat dituju, bolehlah bawa makanan ringan. Sekurang-kurang biskut, buah, atau kekacang

5. Terlupa bawa ubat-ubatan
- jika kamu ada motion sickness, jangan lupa makan ubat. Elak drama termuntah dalam kapal terbang. Ia menukar percutian kamu kepada nightmare. Jangan lupa ubat cirit birit dan paracetamol untuk mencegah perut dari meragam terutama ketika dalam kapal terbang.





Saturday, 4 April 2020

Beauty hacks that u supposed to practice in your daily life

Masker Rambut di Rumah

Jika kamu mempunyai banyak masa terluang-hingga buntu apa perlu dilakukan, apa kata jika kamu menambah kilau pada rambut yang mungkin sudah mula kelihatan kusam.

Bahan-bahannya: Separuh avocado (separuh lagi boleh dibuat salad), minyak zaiton & soda bikarbonat. Kisar bahan ini sehingga lumat, dan lurutkan lembut pada rambut. Pastikan sapuannya rata pada seluruh kepala. Biarkan anggaran 15 minit, dan bilas. Siap! Rambut kamu kini jauh lebih cantik-dan bersinar!



Perapi Rambut di Rumah 

Sepanjang Covid-19 ni rambut saya dah macam dawai kokot, haha.. sebenarnya perapi yang paling berkesan adalah di belakang rumah atau di dapur je! Untuk rambut licin lurus secara sihat, ambil sebiji kelapa & kisar di mesin kelapa untuk dapatkan secawan santan (perah, tapis & perah lagi). 

Campurkan perahan sebiji limau nipis dan simpankan di dalam peti ais sehingga ia membentuk lapisan pekat (cream) di atasnya. Sapukan pada rambut dan kulit kepala, balut dengan tuala panas dan biarkan selama satu jam. Lakukan 3 kali seminggu dan kamu dapati rambut semakin lurus dan licin

Wednesday, 1 April 2020

Phuket, bukanlah yang semahal disangka


Mati la hilang follower sb gambar tak glamour 😅
Inilah hostel yg saya duduk seminggu di Phuket, cuma 180 Bath je semalam.. the cheapest & best in middle of Pa Tong, Phuket. Lokasi pun strategik dgn bus stop.
Takde tempat murah yg perfect, tapi saya suka tempat ni sebab berkonsepkan restoran-hostel di bawahnya ada kafe No Pork.
Order la sayur & tom yam seafood & telur. Murah & sedap.. still acceptable utk negara pork mcm ni kan.. Tak perlulah bazir tenaga cari restoran ada tanda HALAL... dah nama pun pergi negara pork...
Kalau kau tahap nak check sos apa dia pakai, tak perlu pergi travel... duduk je KL sampai bila-bila.. saya pun tak berminat bergaul dgn inspektor dosa 😄
Even saya muslimah bertudung, saya sentiasa mendapat layanan yg baik ke negara mana pun saya pergi, tips nya ialah... saya suka pakai make up tebal 😆 so.. orang akan anggap sy Muslimah yg enjoy life 😁
Bukannya stok Muslim yg meletupkan diri...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...