Tuesday, 29 June 2010

KESAL: Jahil Agama tapi Buat Fatwa Sendiri!

Sedih betul dengan pemahaman islam umat akhir zaman. Kalau remaja lagi boleh juga terima sebab still proses belajar, ini.. dah tua. Umur dah nak masuk 30.


Baru-baru ni i terdengar sepasang sahabat bersembang topik related kilang arak berjenama yang terletak di Shah Alam.


L: Ramai jugak orang Melayu yang kerja kilang arak tu ye. Takde tempat lain ke diorang nak kerja?

P: Ala bang.. diorang keje tu untuk cari rezeki halal. Dah diorang takde pilihan nak kerja kat mana

L: Banyak lagi kilang lain yang diorang boleh kerja, cari jugak kilang arak..

P: Habis, dah situ offer lagi tinggi. Yang penting niat. Aku ada terbaca la bang.. kes macam ni dibolehkan..


Astagfirullahalazim.. Rezeki halal dia kata? setahu i tolak troli air arak pun haram inikan pulak kerja di kilang buat air setan. Macamlah kalau tak kerja kat kilang arak ko kena hukum mati. Still banyak option lain lagi.



Yang tak tahan tu, siap mention konon2 ada terbaca kat somewhere.. konon la. Tah betul ke tidak dia terbaca, padahal nak cover kebodohan fatwa sendiri. Dan kalau betul terbaca pun, ntah statement dari sapa2 tah. Ingat yang terbit dlm magazine or paper tu semua betul ke?


Kalau setakat belajar agama sekerat sekerat, lepas tu ko nak buat fatwa sendiri.. sah sah la ko jahil.



Tapi pelik la.


Semua orang tahu arak tu haram. kerja buat arak pun haram. kerja serve arak pun haram. invest kilang arak pun haram. bersubahat pun haram. Camane minah tu boleh tercicir cakap kerja kilang arak nak cari rezeki halal?


Kawan-kawan boleh bagitahu saya apa yang korang belajar masa sekolah? sebab saya dulu tak ambil pendidikan islam so tak tahu silibus camane. saya dulu ambil syariah dan quran sunnah. Mustahil isu besar ini dibuang dari silibus pendidikan islam. Saya yakin dgn keupayaan KPM menggubal silibus dengan tip top sekali.


Even rakyat bukan muslim sendiri tahu dan hormat dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia ini. Camane minah ni boleh tercicir dari 'arus perdana'?


Ataupun saya yang tak tahu.. bahawa pemuda pemudi Islam generasi baru kini memiliki pemahaman hampir sama dengan minah tadi? Nauzubillah. Harapnya tidak.



Tetapi andai ada kebenaran, benarlah umat Islam kita kini, tertinggal. Atau sakit. Pihak berkuasa perlu bertindak untuk tarbiyah balik umat Islam kita. Please do something. Sebelum terlambat.

Friday, 26 February 2010

Gaya Manja Na O Mei

Gambar kredit to: Google/cari forum/izyan.com


Dah lama sebenarnya I minat cik Elly Mazlein ni. Since zaman sekolah lagi. Awal kemunculannya sebagai penyanyi memang tak minat langsung. Menyampah lagi ada. Sebab suara dia seakan siti nurhaliza. Dah la I peminat fanatic siti waktu tu.. grrr


Tapi beberapa tahun kemudian dia muncul dalam drama Gerak Khas. She’s look leaner and hotter than before.



Sekali tengok perghh I yang girl ni pun terkesima... cun habis. Itulah kuasa penurunan berat badan – mampu mengubah 120% penampilan seseorang itu.


She are so gojes


Banyak juga drama-drama dia yang i follow. Bermula dari Spa Q, diikuti Bella. Dia ter sangat lah manja dalam Spa Q okay. I pun suka follow fashion dan style rambut dia.. sopan & manis. Takde la kaler-kaler rambut tak tentu pasal.

Gaya manja dalam Spa Q



So terbukti lah I ni memang peminat sejati dia. Sampai sanggup snap kat tv. Kelakar I tengok gambar-gambar ni.


Awal Bella ditayangkan, sumer orang kutuk lakonan dia. Lemaulah. Lembiklah. Kontrol ayu lah. Bila dah sampai pertengahan cerita, ha ambik... hampir sume orang sebok balik kerja cepat-cepat sebab nak tengok citer Bella.. kelakar betol =))


Dari situ lah banyak pihak buka mata dengan bakat lakonan Elly Mazlein. Diikuti Amanah Karmila. Dalam keliwon Pontianak, Penanggal, dan Hantu Kubur. Slot cerekarama pula Cinta Dalam Hati, Sampai Syurga dan Anna Maria. Yang terbaru slot akasia, Na O Mei sedang ditayangkan.


Hampir seminggu tak bukak tv, akhirnya dapat jugak tengok Na O Mei petang tadi, hehehe.. tengok pon semata-semata nak tengok Elly je.


Seram seh tengok episod tadi.. pasal rahim “hancur” tu.. pergh dasyatnyaa kesan abortion ni ye.. jadi adik-adik di luar sana, tak takut ke? Oleh itu, hati-hati ye. Tubuh badan kita ni, satu je seumur hidup.


Apa pun admire sangat rambut Na O Mei hari ni.. lebih kurang gini la rupanya


Hmmm cantiknyaaa =)


Satu lagi gaya sanggul yang dia selalu gayakan tu. Apa nama sanggul tu ek? Coz I cuma tahu sanggul lintang je.

Friday, 19 February 2010

Gambar: Tarian Singa

Hahaha.. seronoknya hari ni. Di HQ ada buat show Tarian Singa dan makan-makan sempena Chinese New Year ini. Pagi-pagi macam biasa saya ronda site dulu.. buat kerja yang patut. Menjelang sepuluh pagi kami drive kereta ke site lain untuk ambil staf di sana. hmm ramai juga staf wanita rupanya. Dalam ramai-ramai tu saya jugak jadi yang termuda.. takde beza pun dengan kompeni lama, asyik jadi adik je.


Kemudian bertolak ke HQ naik kereta saya tapi balik, mereka akan naik kereta lain.



Ngam-ngam kami sampai, acara bakar mercun hampir bermula. Wow. Sempat lagi saya snap gambar dan video.



























Sesi pengagihan ang powww.

































Dapat ang poww lagi.. yes!!! n_n


Kemudian ada acara Tarian Singa. Hebat juga. Lama dah tak tengok Tarian Singa. Last sekali tengok waktu sekolah itupun di shopping mall.


































































siap kena ada orang yang pegang palang tu.. I tengok pun seram seyyy


Then acara bakar mercun lagi sekali. Penutup.






















Akhir sekali acara makan-makan. Tapi tak sempat ambil gambar. Waktu makan tu dapat beramah mesra dengan BOD dan staf dari HQ/site lain. Menjelang tengahari saya pun terus balik rumah. Sebab hari ni consider half day. =D


Dapat tengok tarian singa, dapat angpoww, dapat makan barbeque enak. & dapat balik awal! Syoknya kalau selalu macam ni.



Tata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...