Tuesday, 21 December 2010

Kenangan bersama Zaquan Adha

Terlebih dahulu saya minta maaf pada pelakon Ayu Raudhah kerana mungkin coretan kisah silam saya ini akan mengguris hati dia.




Mohd Zaquan Adha Abd Razak, siapa tak kenal dia? Mungkin anda hanya mengenali beliau sebagai seorang pemain skuad bola sepak Negeri Sembilan dan kebangsaan. Di mana baru-baru ini pasukan beliau telah berjaya menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Laos. Beliau berasal dari Seremban, berumur 23 tahun dan merupakan adik kembar kepada abangnya Mohd. Aidil Zafuan dalam pasukan yang sama.


Berbeza dengan saya. Saya mengenali beliau lebih rapat. Hati saya pernah dimiliki oleh Mohd Zaquan Adha. Kami pernah bercinta. Perkenalan yang bermula di suatu temasya di Seremban lima tahun lalu telah membuahkan bibit cinta. Kisah duka dan suka kami kongsi bersama, tiada rahsia antara kami.


Zaquan pernah beritahu saya bahawa mereka boleh dibezakan melalui perbezaan wajah mereka. Sila lihat gambar di bawah.


Zaquan sebelah kanan. Siapa lebih cute?? ;-)


Bekas kekasih saya ini memiliki wajah yang lebih tirus berbanding abangnya Aidil yang berwajah penuh. Selain itu Zaquan memiliki tahi lalat di pipi. Itulah rahsia mereka yang dia beritahu.


Mengenali dia merupakan satu detik indah yang tak pernah saya terfikir. Zaquan seorang lelaki yang bukan sahaja tampan tetapi juga gentleman. Dia juga pandai memujuk ketika saya berduka.


Kenangan yang paling saya tak boleh lupa. Sewaktu kami berkelah di tepi pantai (nama pantai dirahsiakan). kami main kejar-kejar macam budak-budak (Tapi maaf ya, tiada gambar. Masa tu saya baru guna Nokia 1100). Semua orang kehairanan melihat aksi manja kami. Kami bentangkan kain piknik petak2 macam dalam cerita mat salleh. Sambil menjamu selera kami bergurau senda, bergelak ketawa… Dia membelai rambut saya manakala saya pula suka cubit dia! Ohh indahnya saat itu.


Itulah kenangan percintaan kami. Walaupun tempoh masanya agak singkat, namun indah dan manis.


Percintaan paling singkat itulah yang membuatkan saya teramat kecewa... Kerana ianya berlangsung pada satu malam sahaja. Akhirnya saya terjaga dari tidur dan kembali ke dunia realiti.

Jangan marah ye... Ampun! =P

Monday, 25 October 2010

Michelle Yeoh yang sangat mempesonakan..

Last week i pergi Mid Valley untuk tengok Eat Pray Love.. malangnya seat sume dah penuh, tinggal yang depan je. So end up tengok citer Reign Of Assassins. Dah lama tak tengok Kung Fu. Pilih filem ni sebab ada Michelle Yeoh
[mula2 nak tengok cerita romantik je sebab tobat dah tak nak tengok citer Kung Fu kat cinema nanti takot darah, kalau kat rumah takpe kalau takot boleh cari bantal untuk menyorok =P]


Even filem ni bukan pilihan asal tapi ternyata, aku rasa sangat berbaloi. Film ni ya ampunn.. sangat entertainful ok. Maybe sebab asyik2 terpesona dengan natural beauty Michelle Yeoh tu. Pastu cerita ni sangat sweet sebab Zhang Jing (Michelle) dan suaminya tu sama2 terror kung fu tapi masing2 tak tahu kisah silam masing2. Romantik sangat, hehe.. Oh ya, pada yang tak tahu, Michelle berasal dari Ipoh, Perak Malaysia dan merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia. Nak tahu tahun berapa goggle sendiri


Oklah ada sedikit gambar.. opps citer ni 18PL. Parenting Lead kot. budak2 tak bley tengok sebab agak ganas & ada juga babak bogel. heh


Layanzz









Tuesday, 31 August 2010

Biskut Raya mama Hanis Zalikha

Mungkin agak terlewat untuk saya wish Selamat Hari Merdeka ke-53 pada hari ini. Pagi tadi tengok siaran langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, rasa ada sentimental value bila pasukan tentera turut serta buat persembahan. Nyesal tak pergi stadium, ngee..


Mengambil kesempatan budi baik beberapa syarikat konsesi yang bagi tol FREE (Litrak) dan diskaun sempena hari patrotisme, i pon dapat idea nak pegi collect biskut raya yang i tempah. Actually my mom pun buat biskut raya jugak, tapi sebagai manusia biasa, i pun teringin juga nak rasa biskut raya hasil tangan orang lain.


So geng, i'm just comeback from one of the Sime Darby elite resident iaitu Bukit Jelutong. Siapa lagi kalau bukan dari rumah Auntie Nani iaitu mama kepada model terkenal yang cantik manis, Hanis Zalikha. Jaraknya kurang dari 50 km dari rumah, fuhh.. nasib baik tol free.


Kebetulan petang tadi hujan. Sampai di guard house i kena scan IC you.. kontraktor mana lah yang buat tu kan. Haruss lah i citer kat hubby bila balik rumah. So bila sampai rumah Aunty Nani tengok2 anak lelaki dia dok tercongok depan pintu. Ajak i masuk.. isk segan i sebab rumah kan privacy. Tapi i masuk jugak la, huhu.. tengok ruang tamu penuh dengan kotak-kotak besar berisi biskut raya. Harusss lah untung sampai 30,000 kot raya ni ye aunty, hehe..


Oklah jom tengok biskut apa yang i beli

Dari kiri Chocolate Chip Butter Pican, Snow Drop, dan Classy Pandan.


On the way balik rumah memang tak sabar nak try ok.. teruja dengan kaler hijau Classy Pandan. Tapi bila dah try, emm yummy... terus jatuh cinta dengan Snow Drop! Rasa dia sangat kick gitu & memang tepat taste i. Classy Pandan pulak i macam pernah rasa sumwhere, macam samprit kot?? Namun apa yang pasti ketiga-tiganya amat mengancam. Kena simpan ni nak bagi my mom rasa. Rasa menyesal pulak beli sikit. Tapi takpe, raya haji atau raya tahun depan harap boleh order lagi ye auntie..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...