Monday, 8 September 2014

Kisah MATTA Fair 2014/02 =)

Assalamualaikum semua...

How was your Matta Fair package hunting?? Dapat tak pakej yang diidamkan?? Me?? Got already!!

Semalam (Ahad) which is adalah hari terakhir MATTA Fair... hari terakhir tu jugaklah aku dapat pergi. Sebab Jumaat takde kereta, Sabtu pulak kerja + ada annual dinner pada malamnya. Hari Ahad plak aku training, so lepas training terus shoot pukul 4 petang ke KL. 

Punyalah dugaan nak pergi MATTA Fair ni.. dengan takde kawannya, dengan busy kerjanya, tapi kali ni memang aku nekad...apa pun terjadi aku mesti dapatkan satu pakej impian aku...
Aku memang tawakal je redah jem pergi PWTC sebab nak naik komuter takut hilang energy nak turun naik KTM...
Parking aku masuk celah2 lorong sumer congested... last2 ada couple baru keluar parking kat tengah2 divider 
Belum pun sampai MATTA Fair pelbagai paper bag & gift aku dah dapat. Puncanya, pelbagai jenis bank tahan aku suruh apply cc, cett... punyalah promoter bank tu desperate, diorang cakap tolong lah diorang untuk habiskan free gift tu sumer :D
tapi ok gak salah satu gift dapat power bank.. so tak payah beli . Haha!

aku terus tuju Hall 2 bahagian oversea...
pastu disambut satu booth ni.. nampak presentable iaitu PARLO Travel. so, diorang explain tempat aku nak pergi tu. Aku target departure date within early of 2015... tapi dilema lak antara dua negara ni:

1) Negara Q - costly
2) Negara Z. - separuh harga..

Sebab that period Negara Z still winter, padahal kalau aku pergi Negara Z ni aku mesti kena tengok bunga tulip mekar mewangi.. kalau tak rugi wooo.. bunga mekar mewangi masa spring kann

Masalahnya dari segi kos, aku prefer Negara Z ni dr Negara Q ni lagi sebab murah sikit... separuh harga...
So disebabkan early 2015 tu Negara Z masih winter, belum spring lagi. Nak tak nak terpaksalah aku switch to Plan B aku.. iaitu aku memilih Negara Q to spend my Public Holiday time

Package yang aku sign up.. Nampak??? Negara mana yang aku nak pergi tu, dan bila terpaksa dirahsiakan dulu, hehe


See? Finally, aku dah buat satu lagi decision berani dlm hidup aku utk Proceed dgn Parlo Travel.. Parlo ni femes di kalangan Chinese... maybe service ok kot, tahu je lah chinese kan cerewet.. hahaha.. jangan lahar aku dengan statement ni.. diorang kan banyak songeh.. so, kalau Parlo Travel jadi pilihan kebanyakan masyarakat Chinese so aku percaya, service ok lah tu kot 

Akhirnya aku pun bulatkan tekad utk confirmkan booking aku tu... kena bayar 2 ribu utk pakej lebih drpd 5 angka... jadi, bermulalah journey seorang traveller...aku bakal ditempatkan dgn seorang loser jugak dlm satu bilik aku tu nanti.. tak sabar nak tahu sapa. Haha!

Akhir kata... selamat menabung untuk trip ni... Sebenarnya, aku tak kisah dengan siapa aku ditempatkan sebilik dgn whoever it is...yang pasti, she will also loser just like me! Tak kisahlah weiii... janji Malaysiam =))





Tuesday, 18 February 2014

Surprise On Valentine Day 2014


Maaf, lama sangat entry ni dok terperamm je tak update sampai sekarang dah bulan berapa kan..





Wednesday, 11 December 2013

Terbang di Golden Palm Tree

Assalamualaikum w.b.t.

Lamanya saya tak update blog.... tapi apakan daya Masreena tak pergi melancong mana-mana pun.. takkan nak buat cerita rekaan pulak kan. Tapi bulan 12 hari tu saya ada naik lagi Tandem Paramotor cuma malas nak update.. hari ni Masreena ala-ala sedih, lagipun sedang bercuti.. so saya pun melapangkan masa untuk tulis blog

Hari tu saya main Tandem Parachute ni sorang-sorang je...janji dengan sorang kawan tapi biasalah kalau janji dengan air liur je confirm last minute cancel kan?

sepatutnya lokasi yang dijadualkan Pulau Indah, sama macam hari tu (KLIK SINI). Tapi masa reservation tu uncle cakap this week buat kat Golden Palm Tree, Sepang terus Masreena setuju! Ye laa takkan nak mengulang location sama je kan. Teringin nak tengok pemandangan Pantai Golden Palm Tree daripada atas camane... mesti cantikk

Nak dijadikan cerita masa otw ke Pantai Bagan Lalang tu GPS buat hal... entah jalan jauh dihalanya aku... punyalah terasa jauhh... tiap kali masuk je selekoh ingatkan dah sampai rupanya belum lagi, adehhh.... hangin je rasa... sudahnya 1 jam la jugak perjalanannya, rasa nak nangis je aku drive lama-lama dalam kereta... Punyalah menyumpah dalam kereta, kah kah kah...tapi sebaik sahaja sampai dan nampak ada Paramotor yang sedang terbang kat atas... terus bertukar mood dengan serta merta, excited!

Paramotor ni kalau boleh reserve la tengahari sikit atau pagi. Kalau lewat petang takut hujan. Tak pasal-pasal kena postponed. Datang jauh ni tau. Habis minyak kereta.

 Are you ready? Fly!


Sayup-sayup Golden Palm Tree masa amik corner

Berbeza sikit Paramotor yang ni sebab passenger duduk belakang... merempitt

"Sayang selesa tak duduk belakang tu?"
"Selesa sangat bang... thanks for your concern" kikikki

 Naik jenis yang ni laju giler paramotornya... kalau bercakap habiss terbang air liurr

 

Golden Palm Tree

Cantikkk


Golden Palm Tree ni tiru resort pokok kelapa kat Dubai tu sebenarnya


 
 Nampak kan? Pokok kelapa

Masa sampai ni sebenarnya ada satu keluarga ni nak naikkan anak remaja dia... orang kaya kot, selamba je keluar duit RM 180 untuk naik paramotor ni.. pastu siap tambah RM 30 untuk video lagi.. tapi masa ni Masreena beli baucar dengan harga RM 130 je. Ingatkan diorang tipu (harga asal memang macam tu) tapi silap.. rupa-rupanya memang harga asal RM 180. Masreena nampak parent tu hulurkan duit RM 180 pada uncle tu. 

Uncle tu siap pesan kat Masreena.. kalau lebih daripada seorang, bawak kawan boleh dapat RM 100 je dia bagi special rate... tak payah beli baucar, call je nombor dia. Ok lah tu? Sebab sukan udara ni harga memang mahal... tak kira lah ko nak naik heli ke, air craft ke, paramotor ke, payung terjun ke... semua mahal-mahal... 

Btw ni contact number uncle tu

Xtreme Sky Adventure
Michael Yoo : 016 - 2077 077

Sehingga bertemu lagi... tata


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...