Wednesday, 20 February 2013

Tips putihkan ketiak korang yang berkarat

Aku rasa ramai yang hadapi masalah ketiak hitam ni tau. Termasuklah aku dulu masa gemuk. Ni aku nak bagi petua yang paling berkesan antara petua-petua lain yang palsu belaka tuuu


Korang pon tahu kan aku dapat baby girl. Orang kata kalau nak tahu dapat baby girl atau baby boy, boleh guess berdasarkan signing sepanjang mengandung tu. Contohnya kalau mengandung baby boy perut ibu lonjong ke depan, kalau baby girl perut ibu besar tapi leperr gitu.. macam aku dulu la Pastu kalau ada alahan kat kulit selalunya sign untuk dapat baby girl.


Aku ingat lagi tau, time pregnant kulit aku nampak macam banyak daki, hitam kat leher, ketiak, mulut (yang ni paling lawak tau.. sumer orang ingat aku comot), dan celah peha. Korang bayangkanlah 8 bulan lebih mulut aku hitam... huduh sangat rupa aku tau.. Sampaikan ofismet sumer gelakkan aku


Bila bersalin aku sedar kesan-kesan hitam tu hilang sikit demi sedikit termasuk kat celah ketiak tu. Habis pantang ada sikit sisa-sisa karat kat ketiak aku... so aku assume tu semua adalah daki. Kalau betul daki memang takde alasan lah kalau tak sental. Aku tak tahu orang lain, tapi aku tak pernah guna deodorant. Maybe sebab aku takde masalah bau badan... sampaikan masa aku training Navy dulu time kawan-kawan collect baju kotor untuk hantar washing machine diorang confuse sebenarnya aku bagi baju kotor ke baju bersih ni??


Pasal daki lepas pantang bersalin tu.. aku buat tradisional way. Aku tak suka beli-beli produk ni sebab aku tak suka buat orang kaya dengan duit aku yang limited ni... padahal belum tentu berkesan pun. So aku buat camane tau... aku amik secawan beras dan sebatang kunyit. Blender dengan sedikit air atau kalau nak blender kering pun takpe. Masa mandi ha apa lagi, mulakan aksi sental menyental menggunakan campuran beras kunyit tu tadi. Sental sampai hilang. Baki campuran tu pulak boleh sental kat mana-mana kulit... tak kisah pun. Janji sisa kulit mati tanggal.


Hasilnya... ketiak korang akan jadi putih giteww.. sampai tak malu nak pakai baju sleeveless mahupun string seperti Ayu Raudhah pakai ni. Selamat mencuba

8 comments:

itamrazali said...

TT..kalau TT buat paragraph, lagi cantek ..*hugs*

MaS PuTRi said...

thanks itam.. ekceli tak sempat edit tadi, tu pasal jadi mcm tadi

kaizen said...

pic last tuh kena dgn entry...

MaS PuTRi said...

hehe.. thanks

Rinah said...

Nak cuba lar petua tue..! Terima kasih share :)

La Petite Cherie ♡ said...

Thanks for sharing!! Will try this :)

secret said...

waaaa...... compliment tu 'keliru baju kotor ke bersih' .

DOA Tubuh Sihat

emaduel said...

thanks!!!suka gila tips ni
harus mencuba ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...