Monday 5 March 2018

Film Review: GAME NIGHT

Game Night movie

Thank you so much to Adnin sebab bawak i tengok cerita ni malam tadi. Pagi ni nak terus review je cerita ni. Untuk aku yang jarang tengok cerita komedi romantik macam ni, rasa macam agak sukar nak terima pada mulanya.

- Tapi pastu, cerita ni sweet sangat, hahahha pada permulaan movie masa Hero, Max (Jason Bateman) melamar girlfriend dia Annie (dilakonkan oleh Rachael Mc Adams). Dan mereka pun kahwin 💗💗
- Pasal Game Night yang diorang buat hampir setiap minggu untuk mengisi masa & mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan.. which is good ❤❤
- Aku tertarik dengan isu "loneliness" dan "loser" untuk salah satu watak dalam ni iaitu Gary, seorang pegawai polis yang berjiran dengan pasangan suami isteri ni tadi
- Dan abang kepada Max (Brook) merupakan isu siblings rivalry dalam filem ni hinggakan memberi kesan stress kepada Max dan mempengaruhi tahap kesuburan mereka suami isteri yang mana Annie berusaha untuk memiliki anak.
- Satu hari tu Brook yang kaya raya dan berjaya, menganjurkan Game Night untuk Max dan kawan-kawannya dengan tak disangka-sangka keselamatan mereka terancam kerana penjenayah sebenar yang datang menculik Brook tetapi disangka hanya satu permainan oleh Max and the gang (kah kah kah... masa ni memang aku takut giler ko) 😓😓😓
- Jadi Max and the gang berusaha menjejaki Brook yang diculik penjenayah yang masih disangka lakonan tadi.. (what the hell sangat masa ni..)
- Banyak sangat scene terkejut dalam ni... mohon tak sakit jantung!
- Banyak yang tak logik... contohnya, penjenayah pegang senjata api ko masih duk kerumun ramai-ramai dan masih tak cari tempat berlindung... apa kes...

Overall.. citer ni menghiburkan! Happy Ending! walaupun agak mendebarkan... and to be honest, watak yang paling menyerlah dalam ni adalah Gary yang lonely tadi... hidup dia macam agak sedih tapi dia bijak! Untuk selesaikan masalah kesunyian dia tu... banyak strategi dia pasang dalam diam

Happy Watching guys!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...