Wednesday, 22 May 2013

Cerita Harga Pasang Awning Yard =)

Ingat lagi tak entry saya set up yard saya tu? Daripada kerja-kerja menebuk tap, merancang dan memasang kedudukan sinki, membuat paip sambungan ke luar untuk sinki dan pili mesin basuh hinggalah membuat sambungan pembentungan saya telah menguruskannya seorang diri.... Ini telah memberikan 1,001 pengetahuan untuk saya terutama sekali bidang mekanikal rumah ni kan, macam plumbing dan wiring tu. Daripada tak terfikir nak ambil tahu sekarang terus tahu dah... inilah namanya pengalaman hidup.

Hari ni pula saya happy sangat sebab saya dah selesai pasang awning (bumbung) supaya lebih selesa buat kerja-kerja utiliti setiap hari seperti memasak, mencuci pinggan, membasuh pakaian dan sidai pakaian di yard. Dan taklah 'garing' mesin basuh tu sebab asyik kena jemur 

Tahukah awak bahawa memasak di OPEN AIR seperti di kampung sebenarnya lebih bagus dan BEST berbanding memasak di dalam rumah? =)

 
Inilah dia abang yang pasang awning tu. Kenal kawan atas kawan

 
Mereka ambil masa dalam 5 jam untuk pasang awning ni. Masa ni saya baru balik kerja dah siap dah kerja-kerja pemasangan, tinggal lagi masa ni dia pasang balik tali penyidai.

Siap dah! Tadaa. OK tak? bersinar-sinar awningnya kan? hihi... pasni bolehlah start mengecat yard belakang ni, kasi ceria sikit & protect gril-gril yang dah berkarat tu

  
Masa saya tengok kualiti awning ni memang nampak nipis sikit berbanding yang saya oberved awning jiran sebelah rumah. Bila saya tanya kawan-kawan project memang kualiti awning di klasifikasi ikut ketebalan. Kalau awning nipis macam ni selalunya ada masalah apabila skrew yang sepadan akan memerangkap air hujan dan mengalir pada frame (besi) awning yang menyebabkan berkarat... Jadi besi awning tu nanti cepat reput dalam 3-4 tahun. So mereka mencadangkan Masreena cover tudung skrew dengan silikon. But for me, janji MURAH sudah, tak kisah nipis pun sebab lepas 3-4 tahun belum tentu masih stay rumah ni lagi.... the worst case buat je baru, sekarang pun dok berulang weekend ke rumah satu lagi =) 

Bagaimana menentukan harga awning?
Harga awning dikira pada keluasan awning yang nak dipasang. Lebar selalunya sampai ke longkang supaya air hujan terjun elok masuk longkang.. takdelah memercik air kena simen. Untuk saiz Masreena ni, ukuran 5 1/2 kaki x 18 kaki. Darab dapatlah keluasan. 

Maknanya, perkara yang perlu tahu cuma 2 je, iaitu 
1) Berapa panjang dan lebar nak pasang awning tu, amik ukuran siap-siap dengan tali tape.
2) Harga awning untuk 1 kaki persegi.

Selalunya untuk keluasan 1 kaki persegi harga awning dalam lingkungan RM12-20 ringgit ikut ketebalan. Jadi darabkanlah ikut berapa harga sekaki. That's why lah kalau nak survey harga awning, soalan yang perlu ditanya pada peniaga ialah ''berapa harga awning untuk satu kaki persegi?'' Daripada situ ko cariklah yang termurah ok?

Masa dok survey harga awning kat flyers-flyers dan banner sekitar rumah tu.... Ada yang caj RM2,200. Ada yang RM1,200. Then Masreena rasa macam tak munasabah je nak buat awning yard harga mahal-mahal macam tu... tiba-tiba teringat sorang kenalan yang jumpa sekali bertiga kat kedai mamak, dapatkan contact number dan dia pun carikan harga pada peniaga. Bila dia datang bawak abang awning tu, diorang pun ukur keluasan tu. Sebenarnya... dah exceed ukuran yang saya bagi (aku silap ukur lah tu kikiki)....

Even macam tu pun, dia tetap kasi adjustkan (kat mana entah) untuk kekal jugak harga awning tu tanpa sebarang hidden charge. Tolong kawan-kawan je katanya (even hakikatnya cuma jumpa pandang pertama di kedai mamak je... hihi)

Berapa harga? RM980 untuk 5.5 kaki lebar dan 18 kaki panjang. Maknanya tak sampai pun RM10 untuk harga satu kaki persegi bagi gred ni... murah kan? =)

Inilah rupanya yard yang dah siap berbumbung tu... In the future boleh pasang tile, tengoklah keadaan macam mana. Sekarang ni nak sambung cat pulak

Nampaknya best lah memasak lepas ni, rumah dalam tak kotor, yard rumah fully utilised tanpa ada mana-mana pembaziran fungsi.. kalau memasak dalam rumah memang tension kan? rasa terkurung gitew... 

Alhamdulillah settle dah satu lagi benda =)



Kitchen Gadget: Kecewa

Last 2 weeks saya beli lid holder dan multi purpose hook daripada cosway dengan harapan dapat asingkan penutup-penutup periuk supaya nampak lebih organize dalam kabinet dapur tu.

Ini rupa hook tu bila dipasang di luar... senang nak sangkut kain pengelap.

Tapi bila dah pasang Lid Holder tu, baru peraan sebenarnya produk tu tak berapa kukuh pun.... lid boleh terjatuh sebenarnya, ada aksesori untuk fix kan lid holder tu pun sebenarnya guna double sided tape je, alahai... 

Kalau tengok sekali imbas rupanya memang nampak bergaya la kan...haaa

Nampak kan kat bawah sekali ada aksesori kecik tu... kalau tak pasang tu, lid holder tu senang2 je menggelongsor jatuh ke bawah! 

Setiap set pasang dua pelekat tu, tapi memang tak function sangat sebab tak kukuh. Masreena letak situ sebab nak ambil gambar je tunjuk pada pembaca. Masreena siap beli dua set lid holder lagi tau untuk kedua-dua belah pintu kabinet... =(

Inilah dia yang guna double sided tape tu, produk se'lemah' ini untuk menahan berat 3 keping tudung periuk? Nangis.... Ada cadangan untuk rectify supaya produk tetap praktikal? ='(




Tuesday, 21 May 2013

Apakah Perabot IKEA yang Paling Murah?

Rasanya topik ni memang best sebab semua peminat IKEA memang ternanti-nantikan review purchaser bahawa mana satukah perabot yang paling murah untuk dibeli di Ikea. Kitchen cabinet? Katil? Almari baju? Sofa? Dining set? atau apa?

Kalau tanya pengalaman Masreena... jawapan yang paling tepat adalah Rak Buku. Kenapa? Sebab pada mulanya Masreena nak tempah je daripada pekedai Kitchen Cabinet dan Wardrobe ni, ingatkan nak senangkan kerja ambil semua jenis perabot daripada orang yang sama je... tapi designer tu sendiri yang advice beli aje rak buku di IKEA... sebab lagi murah.

Kenapa tiba-tiba rak buku IKEA paling murah pulak? sebab kalau tempah kedai biasa diorang terpaksa overcharge berbanding perabot lain (kabinet dapur, almari baju) sebab rak buku kan ukuran kecil, tapi kayu yang kena dipotong masih jugak sekeping panjang jadi mereka tetap akan caj untuk harga sekeping kayu tu... That's why overprice.

Mendengar kata orang industri sendiri Masreena pun menyahut advice dia... beli je rak buku BILLY di Ikea. Murah pun murah iaitu RM600 pun boleh dapat dah siap boleh customize lagi. Hari ni Masreena nak ajar tips jimat cermat memilih perabot IKEA yang korang sanjung tinggi sangat tu

Tips Jimat 1: Sebelum pergi Ikea you kena identify apakah kegunaan rak buku awak. Untuk simpan novel? majalah? fail? buku sekolah anak? and so on... So from that you can customize your storage needs. Don't overspent. Tengok contoh di bawah ni.

Tengok tu, banyak ruang kosong yang tak dimanfaatkan sepenuhnya. Upper shelf pula terlebih tinggi. Rugi ruang tau, terbukti tidak bijak (ini display unit)

Kedalaman rak boleh muat dua row buku sebenarnya kan? That's why as I said, identify your actual usage then come out to your storage needs.

Tips Jimat 2: Many purchaser not realize that if you stored an arch file you don't need the door... or you can't close it because of the BILLY depth!

IKEA cakap rumah korang akan kelam kabut kalau tak beli perabot dia


Tips Jimat 3: BILLY bookcase is available for a few widths, 80 cm, 40 cm, or for DVD tower only 20 cm! Tapi tinggi semua standard, 200 cm jadi bolehlah korang jodohkan setiap rak tu. Pintu boleh pilih full length, bercermin atau tidak. Takpun pintu half length macam dalam gambar di atas.

Inilah harganya. RM200 je, murah je kan? Nak lagi murah tak perlu pasang pintu langsung tapi my advice at least bahagian bawah perlukan pintu kalau tak teruk jugak u nak bersihkan habuk setiap minggu. Anyway money constrain make a little choice right?

Tips Jimat 4: Lebih kreatif lagi kalau rak buku terdedah tu ditutup dengan curtain je untuk hidekan buku-buku tu. Serius, ini idea bagus sebenarnya. dan kreatif. Beli pintu RM80, curtain kalau you beli je kain dari luar RM20 je. Jimat RM60

This is mine. And as usual I make it as multi purpose furniture!
Tips Jimat 5: Kalau teringin nak beli perabot corner di IKEA, rak buku adalah jawapan TERMURAH. Nak beli wardrobe corner mahal, kitchen cabinet pun mahal. Tapi rak buku, MURAH. At least merasa gak aku ada perabot corner kan? Harga cuma RM600 untuk 3 buah rak 40 cm dengan 2 keping pintu (gambar). 

Corner bookcase is the best solution for tricky space! =)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...