Wednesday, 10 April 2013

Putrajaya: Warna-warni Masyarakat Malaysia

Baiklah... gambar-gambar ni sumernya dah basi pun since Putrajaya Hot Balloon dah berlalu hampir 2 minggu sudah... tapi nak letak jugak dalam blog, sebab sayang kalau tak publishkan.... Kalau simpan je nanti hilang apabila komputer/pend drive rosak. Harap korang masih ada hati nak baca entry ni.

Sebelum papehal baiklah pergi kaunter petugas dulu tengok apa aktiviti yang ada... mana tahu ada cabutan bertuah ke...

Dari sini baru boleh plan your riding.

  
Amik pamplet jika perlu... Ada highlight, competition, ada rides.

Kalau tak nak pegang brochure boleh refer je pada information banner.

Korang boleh refer pada tentatif program ni. Jadi boleh plan apa aktiviti nak join. Nak naik belon ke, naik heli ke, naik ATV ke, tengok bunga api ke... tapi saya suggest u double confirm dengan urusetia, mereka ni dalam tentatif website buat lain... orang sumer dah datang ramai-ramai dah tapi aktivitinya takde (bunga api). Ada saya citer dalam entry yang lepas di mana fotografer bersusun pada hari Khamis di Jambatan Seri Wawasan tapi bunga apinya? elek!

Ini dah naik hari Sabtu. Klik entry Helicopter Ride.

Blue Zone untuk Hot Balloon. Ada untuk Balloon show sahaja dan ada juga untuk Free Fly. Nak cuba?

Belon panas nan mengembung.

Actually ini cuma Balloon Show area.



Ni jelah belon-belon yang ada pagi Ahad hari tu... yang warna biru ni pun masa saya nak balik baru appear. Dengar jugak komplen dari orang ramai, mana perginya belon-belon yang menarik tu?



Masa dah nak balik baru muncul.

                                 
The paraglide. Syooknyaaa

Excited budak-budak ni naik belon tu... nak naik kena panjat kerusi rupanya... Untuk naik belon panas kena bayar RM20 je sorang. Dengarnya, dari pukul 5 pagi dah ada orang queue, sebab ticketing counter bukak pukul 7 pagi, waktu belon beroperasi pula bermula pukul 8. Jadi pukul 6 at least ko dah kena queue sebab tiket terhad 300 pax je per day.

Then... there you go!

Belon tu diorang tambat dengan tali untuk elakkan daripada terbang melayang-layang.... haha! Nampak tak api tu? 

Kena interview dengan TV3 ko! Kelakar tengok pak cik ni. Masa aku lalu ni banyak la orang kerumun... masing-masing berharap dapat di interview TV3, haha!

Then, the scenery.


Bestttt sesangat dapat amik gambar paraglide ni tersusun cantik! Tapi kalau dapat ride laaggiiii best kann!! 

Ahhh kan bagus if ada DSLR? Kena cepat beli ni.


 
Jom kita tengok giant bubble. Siap ada kedai jual alatan dia seperti sabun & the aplicator.

Kanak-kanak lelaki main bubble.

Kanak-kanak perempuan main bubble. Cute sangat kan? =)

Jual belon untuk kanak-kanak... Fiesta ni memang terbaik untuk aktiviti keluarga... rugi laa sapa tak pergi. Tapi pelik kenapa tak banyak family Melayu yang datang datang berkunjung. Most of them is chinese and Indian, Melayu pun ada juga tapi tak ramai. Syabas kepada keluarga-keluarga yang berkunjung. Btw mana pergi orang-orang Melayu ni? Mesti hujung minggu ramai yang pergi shopping complexx je ni.... ngabihkan duit. Saya ulangi, RAMAI.

Hati saya tercuit dengan gelagat kanak-kanak ni. Sebelum (si bapa berkira-kira nak beli belon tu)

Selepas (dapat juga belon yang dihajati. Terima kasih ayah!)

Berbalik kepada isu buih gergasi tadi. Teror ko akak India ni... manjang besar-besar je buih yang dihasilkan.

Buih gergasi... sumer pakat nak amik gambar.

Reaksi orang ramai yang jadi penonton... hahaha

Saya ternanti-nanti gelagat amoi kecil baju kuning tu. Even kecik lagi tapi pandai sangattt... berkebolehan. Mama dia ada sebelah tu.

Tengok! Betul tak saya cakap?

Rasanya ini yang terbesar.

Peraduan mewarna... tak banyak sangat yang participate. Anak-anak cina memang pandai mewarna.


Rupanya ada mesin yang boleh hasilkan buih berwarna warni.

 
Ada bazaar.


  
Tempat kanak-kanak main. Tapi kena bayar... tak masuk pun takpe.



Jom kita tengok Green Zone atau Extreme Park. Ada banyak game kat sini... tapi bukan sukan sangatlah pun, layak dipanggil game je. Iaitu aktiviti yang tak berapa berpeluh tapi berbayar seperti bowling... Peluh yang terembes tidaklah banyak seperti bermain bola jaring, miahahahaaa




 
Ini namanya Water Orbit. RM20. Missionnya tak pasti, sebab saya tak join.. tapi mencuit hati tengok diorang main =')

Naik letihh dah diorang ni... hahahha

Tengok, dah terbaring dah... penat sehh

 
Kena queue sepanjang bukit tu... ramai gak yang teringin untuk mencuba.



 
The segway.

 
Wall climbing... biasalah ni. Nampak je senang tapi susah jugak ni sebab kena balancekan dengan berat badan dan saiz kita... Tali yang disangkut tu, untuk support kedudukan kita.

Bumper orbit ni yang paling tak boleh belahhh... kelakar ko! 

Siap ada yang tergolek-golek dan terbalik... it s very fun

KMX. Kagum tengok parent ni bawak anak naik... better ayahnya yang bawak anak-anak ni.. mama macam tak stable sikit bawak. Risau tengok.

 
Tengok kena stop dahh... sian sangat. 



 
Kat bazaar tu, siapa beli sushi dengan purchased over RM20 dapat Roda Impian, hehe

Akak sebelah ni dapat diskaun RM1.... Hmmm agaknya kalau dapat Buy 1 Free 1 best gak kan?

Auntie sebelah tu sibuk pujuk waitress tu bagi dia roda impian gakk untuk purchase RM10. Ada ke patut? Tak fair untuk orang yang beli RM20... udah-udah le tu auntie... waitress tu dah naik serba salah dah.

 

Sedapp plak tengok unagi ni... lama dah tak makan Sushi King semenjak revolusi Financial Planning... Mesreena seboleh mungkin avoid makan luar unless waktu travel je.. lagipun dulu kan pernah ada isu alkohol dalam kicap Sushi King. Even sekarang isu tu dah recover Masreena dah tak sentuh Sushi King lagi sebab... terlupa dahhh


Bacalah kisah sejarah Hot Balloon ni. 






 
Korang juga berpeluang ambil gambar konon-konon tengah naik hot balloon.

Terima kasih kerana sudi membaca =)


Monday, 1 April 2013

Helicopter Ride - Once In A Lifetime Experience

Ingat lagi entry Anyone Whish To Helicopter Ride tu? Saya telah luangkan masa selama satu jam untuk baca dengan teliti websitenya dan saya dapati, TIKET HELIKOPTER KENA BELI ONLINE SELEWAT-LEWATNYA 4 HARI SEBELUM Pesta Hot Balloon BERMULA. Iaitu hari Isnin adalah hari terakhir untuk beli tiket sebelum tibanya hari Khamas. Kalau beli walk in ikut nasib.... takut tak secure seat. Jadi.... jadikan tabiat untuk baca website rasmi dengan teliti supaya tidak terlepas peluang.

Ada cerita di sebalik seat resevation of helicopter ride ni..... iaitu pihak urusetia TAK TERIMA ONLINE FORM yang saya submit pada hari Isnin jam sepuluh malam tu. Nasib baiklah saya ambil inisiatif untuk follow up sendiri dengan management nya pada hari Rabu. Ayoyoyoo, bayar RM130 awal-awal tapi tak terima apa-apa respon dari urusetia.... sentap tak kalau kau? 

TAK TERIMA tu maksudnya... either form I misplace ke, petugas terlepas pandang ke, or server diorang ada problem so form tak received ke tak dapat pula dipastikan.... Bila semak dengan staf-staf, masing-masing tak mengaku ada terima form dari Cik Masreena ni. Patutlah sampai hari Rabu Masreena tak terima sebarang berita daripada pihak urusetia... damn. 

Haha... bukan nak kecoh laaa, sebenarnya saya lebih bimbangkan DEPARTURE TIME sebab saya nak slot paling awal iaitu pukul 9 pagi (subject to weather condition). Bila call, boleh diorang kata tak terima apa-apa form daripada saya. Huh? Excuse me, something wrong with your server or system! During the submission is already appeared word your submission already sent in my page. Right now I emailed my print screen of the submitted form & Maybank2u receipt MANUALLY to you, please check immediately to confirm my seat at 9 a.m. OK?

Nasib baik Masreena print screen semua jadi tak rumit pihak Fiesta nak trace balik dalam statement bank... Dah la schedule dalam website diorang tak tepat hingga menyusahkan pengunjung sepertimana previous entry. No wonder laaa submission form Masreena pun diorang misplace. Hmmm Dugaan betul...  itulah dia kan? Kena banyakkan bersabar dalam berurusan sehari-hari ni. Meh lah kita bergambar untuk sejukkan hati.

Sebelum apa-apa lebih baik kita snap dulu muka excited yang tak sabar naik helikopter ni, hahaha

Pagi Sabtu selepas menyaksikan ada belon landing atas jalan raya masa OTW nak pergi kerja, pergi ticketing counter dulu untuk ambil tiket. Then terus pergi tengok Balloon Show start pukul 7 hingga 8.30 pagi  sementara tunggu pukul 9 pagi untuk Helicopter Ride. Balloon tu bukan setiap masa mengembung je tawww... mahu meletup gas dia kalau asyik mengembung sepanjang hari. 

Terimalah gambar dari kamera Canon I yang tak seberapa ni.... =)

Inilah dia Yellow Zone. Lupa nak bagitahu, 1 trip helikopter boleh memuatkan 4 orang penumpang tidak termasuk pemandu helikopter, jadi kalau nak seronok ajak kawan-kawan boleh pergi berempat naik satu heli.

Waiting area ni disusun ikut row. Kalau departure date pukul 9, semua orang kena remain on board pukul 9 even 1 trip heli cuma bawa 4 orang je. Petugas di situ buat kesilapan lagi pada penyusunan participant... sebab ada ke patut dia suruh saya bangun pergi row 9?

Then macam  biasa saya akan counter check dengan urusetia lain iaitu yang pakai tudung tu... berlakulah sedikit arguement sebab dia ingat saya daftar lambat so if trip delay kami kena tunggu. Ish ish ish.... sentap arr masa tu... dah la beli since hari Isnin siap diorang hilangkan resit gitew... dikatanya I lambat register so kena tunggu. 

Then Masreena tanya dia Row 9 untuk departure pukul berapa? Dijawabnya Pukul 10.

I departure pukul 9 camane staf u tadi suruh I duduk row 9? Tengok tiket saya ni, check nama saya dalam participant list tadi. 

Sory miss... It's our fault. U sepatutnya Row 4. Then dia marking dalam tiket saya tu. I just say thanks sebab bukan salah dia, yang silap adalah petugas yang free hair tadi.. dah la langsung tak check tiket saya.... tapi pandai-pandai je suruh saya duduk belakang sekali row 9! Nasib baik I trying to resolve it by my own, bukan apa since insiden resit hilang tu rasa dah boleh expect tahap event management diorang camane kan.... haaaa

Adik manis pakai tudung tu dah marking row 4 dalam tiket tu... 

...so lega dah sebab.... my turn already secured. 

Sambil-sambil tu semasa duduk petugas agihkan panduan keselamatan.


Isi masa baca dulu panduan keselamatan dia 

Finally... the helicopter is arrived!

Ketibaan helikopter dari Sabah Air Aviation. Masa mula-mula sampai, it cross over Presint 2 first pergi sampai Presint 4... sebab nak ambik site untuk corner balik ke Dataran Putra. 

Kemudian barulah slowly touch down on the land. Masa ni semua orang kalut nak ambil gambar ketibaan helikopter. Sabah Air Aviation usually provide services for tourist site, commercial and industrial. Sangat popular digunakan untuk Gunung Kinabalu tour.

Bilah helikopter tu nampak slow je kan? Sebenarnya laju tapi mungkin kamera dah auto setting shutter speed yang tinggi sebab masa tu guna mod AUTO. Kesan kelajuan angin dari bilah helikopter sangat kuat.... sampaikan terbang segala kanvas dan skirt-skirt amoi yang berdekatan hahahahha.... 

Sampailah turn saya...


Excited!

Sebenarnya kalau ada lone ranger yang teringin nak naik helikopter tapi susah nak cari buddy boleh naik sorang je... sebab sebelah pilot ada 1 seat untuk sorang manakala 3 lagi di belakang... Lagi best duduk depan! Tapi malang laa sapa yg datang couple-couple 4 orang tu, sebab nanti kena sacrifice berpisah dengan kekasih terchenta... To be safe kena pesan siap-siap dengan petugas tu bahawa uols dan kekasih terchenta nak duduk belakang sama-sama, tolong jangan pisahkan kami ye... Nanti pepandailah petugas tu pujuk couple satu lagi. Haa jangan sampai berebut sudah la ye. 

Then... there you go!

Mula berangkat ye kawan-kawan....doakan kami selamat pergi dan pulang

Helikopter mula naik meninggalkan tanah air semenanjung, cewahhh

Saat yang paling thrill semasa nak naik ke udara.... condong-secondongnya macam naik roller coaster! dan telinga mengalami airplane ear atau sindrom telinga pesawat. Gejala yang sama semasa naik flight, di kawasan pergunungan, berada di tempat yang tinggi (contohnya masa saya di restoran Atmosphere 360 KL Tower) serta ketika menyelam skuba. This is among the priceless experience that I ever had.

Bila dah naik atas rasa besssttt sangat. Serius ^_^

Jom menikmati pemandangan dari luar tingkap

Fly up.... merentasi Menara KPDNKK

Pemandangan Presint 2 dan 3 daripada udara =)

Then.... naik semakin tinggi... 


...dan tinggi lagi! Orang sebelah aku punyalah penakut sampai pegang seat pilot... bunyi bilah heli pulak bising giler!!

The pilot seat.

Presisiran Terusan.... Presint 18 

Experience naik heli sesambil menikmati panorama indah di Putrajaya. 

Kelompok bangunan Jabatan Peguam Negara, KPW, dan KPKT di penghujung Presint 4.


Wisma Putra, Kementerian Dalam Negeri di belakang nya MOF

Then masa ni heli turn to back... arggghh macam corner baring!



Jabatan Perdana Menteri

Cantik kan shoot ni???

Oh my... oh my.. cantiknya Masjid Putra dari udara


Then touch down back...

Wajah happy dan puas sebab dapat heli experinece, which once in a lifetime...

Jangan lupa bergambar depan heli tu...

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Pas baca entry ni diharapkan readers akan berminat untuk menerokai aktiviti baru seperti naik helikopter ni... sesambil tu boleh menikmati panorama indah di tanah air kita... Sehingga bertemu lagi, tata





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...