Friday 12 April 2013

Travel Gadget: Partition Bag

Ini adalah travel gadget pertama yang saya beli... iaitu Partitioner Bag. Lama dah rasanya order iaitu pertengahan bulan Mac yang lepas, tapi baru sampai semalam.

Tada!

Pandangan hadapan partitioner bag. Warna tak kisah pun main pilih je yang penting fungsi.

 Pandangan belakang ada zip. 

Masa tengok promotion saya berkenan dengan fungsi pelbagai guna beg ni... sebab ada banyak partition... senang nak pack barang sebelum pergi travel terutamanya kalau naik flight. Kalau sekadar travel dalam Semenanjung Malaysia mungkin beg macam ni tak berapa diperlukan sebab semua barang akan disumbat dalam kereta.... 


2 compartment utama dengan 3 poket partition, tengah-tengah zipnya di sisi poket.

Image 3
Ada 1 ruang utama dengan 4 ruang berzip untuk pack barang-barang kecil seperti toiletteries, anak baju, all type of charger dll. Saya beli beg ni dengan harga RM 39 (Gambar kredit tu Groupon).

Image 1
Kalau tengok daripada contoh ni, ruang utama besar tu boleh taruk baju atau buku (as long as muat ler jangan main sumbatt jerr sampai tak boleh zip plak hahaha)... tapi dah nama pun travel organiser, lebih sesuai letak barang-barang kecil tetapi penting. Senang nak cari instead of u stored semuanya dalam satu beg yang besar atau devide kepada beberapa beg... sebab akan menyukarkan dan melambatkan proses pencarian

Imaginasi saya, ruang utama nak masukkan purse (sebab di luar negara tak guna purse dah, ganti dengan passport), notebook dan fail-fail nipis yang berisi dokumen insurans dan peta. Next compartment pula untuk isi semua jenis charger iaitu notebook, handphone, GPS dan kamera. Partition untuk letak toiletteries dalam saiz travel kit, seperti dalam gambar tu.... sebab nampak kembungg je poket tengah tu kan.

And lastly letak anak baju (dah lama tak guna word anak baju haha).... dan juga vitamin-vitamin dan snack.
Kat poket boleh letak passport dan handphone. Wahhh tinggi sungguh imaginasi you ye Masreena... entah-entah baru isi kompartment tengah tu je dah tak boleh zip kan? hmm takpe kita tengok je nanti apa terjadi apabila beg ini mula digunakan 

Waktu bila Masreena nak guna Partition Bag ni? Tungguuuuu




1 comment:

nadia farahida said...

bestnyaaa ada beg ni, senang nak buat keje kann :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...