Saturday 18 May 2013

Tempat Yang Paling Selekeh Di Rumah

Entry ni memang sangat cool sebab di saat-saat orang lain tunjukkan snap cantikk manjang dalam rumah masing-masing Masreena pula suka tonjolkan perkara yang lebih praktikal, hehe..

Sayang tak dapur secantik ni dikotorkan dengan aktiviti memasak? Tak sampai hati  kan... Habis nak buat camane erk... Apa, TAK PAYAH MASAK? No way no way.... tujuan dapur di'bela' adalah didesignkan untuk kesenangan kaum wanita memasak kan? now... you tak mahu masak plak sebab sayang dapur cantik eh? 

Jawapan yang sangat compliment to each other ialah memasak di YARD.

Sinki yang asalnya dari dapur dibawa keluar untuk dipasang di yard. Sebelum tu kedudukan sinki mestilah dirancang dengan kedudukan dapur gas, mesin basuh dan penyidai pakaian untuk mengelakkan kesesakan trafik. Dalam hal ni mesti ada ukuran, ambil kira kedudukan tingkap, tab dalam rumah serta kesinambungan antara kedudukan sinki + dapur, wasing machine + penyidai.

Nampak tak tap yang ditebuk dari dalam dapur tu? Kitchen cabinet tu yang tebuk then tutup le untuk kegunaan di yard. Untuk dapatkan kedudukan sinki seperti tu kena hack dinding kasi tanam itu besi.

Macam yang diceritakan tadi, sinki mesti bersebelah dengan dapur gas. *Abaikan model seksi yang tidak berbaju itu*

Sehari sebelum hari Buruh di saat orang ramai sibuk balik kampung untuk merasai kemeriahan berkempen PRU, saya pula balik kerja terus panggil plumber. Apa susah, ko pergi je KEDAI HARDWARE suruh dia datang rumah. Sebabnya kerja plumbing ni ko tak boleh buat sendiri tau

Sebab apa tak boleh buat sendiri, sebab banyak sangat alatan yang diperlukan macam ragum, spanar, tukul, cutter, gam, dll. 

Tugas abang ni ialah bukak tab untuk buat sambungan paip sinki dan cawangannya untuk paip mesin basuh.

Kepala pili ni abang tu bawak siap-siap, masa datang kedai tu Masreena memang dah pesan bawak semua yang paling minimum price dalam kedai tu. Harga ada dalam pic tu, sebenarnya ada diskaun lagi. Kepala pili kena pilih tinggi - sebab ada coping yang menyekat pergerakan. 

Pili mesin basuh (clip). Version lain yang ada paku 4 keliling tu. 

Siap dah sinki, terjulur sikit ke luar sebab mamat kitchen cabinet tu buat paip yang panjang sangat ke luar. Sebelah kanan tu sambung ke mesin basuh. Nampak je simple, tapi ada 3 set paip PVC 3 kaki, nipple, T band, klip, pili mesin basuh, pili sinki yang mana semua yang disebutkan tu harga berbeza setiap barang.

Lepas pasang paip atas bawah pulak untuk saluran air.... hmmmm... Dengar macam simple, tapi ada soket, paip PVC 4 kaki sebanyak 2 set, dan 2 set elbow... Semua sekali paymentnya RM135 termasuk upah RM50. Kos barang tolak sendiri. 

Masa dia buat ni Masreena tengok je sebab nak ambil tahu, tujuannya untuk kesenangan kemudian hari sebab senang nak plan design yard camane kalau ada knowledge. Teknikal dan legal kena tahu sedikit sebanyak ye... paling penting you kena salirkan ke sistem pembentungan, kasi hack itu semen untuk tanam paip (selain nampak kemas). 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...