Sunday 19 May 2013

Sebab Apa Beli Katil BRIMNES di IKEA

Katil BRIMNES ni yang ada storage drawer, nampak tak bawahnya ada handler tu?

Besar lacinya boleh isi cadar, comforter, bantal.

 Katil BRIMNES Ikea ni kalau masterbed mungkin boleh cari kot di mana-mana kedai yang meniru design perabot Ikea ni. 

       
Tapi kalau katil single, Masreena belum jumpa lagi di mana-mana... hmm ye ke? Betul ke?? Awak dah habis survey ke belum Masreena?? Confident je awak ek

Sebabnya.... walaupun design katil roller yang boleh ditarik ni ada banyak pilihan di kedai-kedai perabot luar, tapi yang membezakan BRIMNES dengan single bed multifunction biasa ialah level of platform. Contohnya gambar kat bawah ni (picture credit to goggle)

       
Cuba tengok... kan tak sama level platform nya tu??? Sorang kat bawah, sorang kat atas

Tapi BRIMNES day bed ni platform nya sama level, senang citer boleh buat katil mini queen segera. Tilam kena tindih lah ye. Kalau nak feeling, pastikan cadar bercorak sama untuk minimakan perbezaan, kikiki

       
Jika boleh buat as katil queen segera ni bolehlah anda tidur sambil berpeluks-peluks especially for weekend housewife tu kan... Tapi cuba ko guna katil roller yang tak sama level macam kat atas tu, agak-agak voleh? 

Menjimatkan ruang, multi functioned sebagai katil queen segera dan storan yang maksima pada ruang bawah katil. Besar lacinya. I loveeee multi functioned furniture! =)

Apabila dibuka semua fungsi sila pastikan ada ruang kelegaan ye kawan-kawan...

Lagi satu side advantage katilnya boleh pasang siap iaitu kalau nak pindah boleh uninstall balik. Senang, angkut je dalam MPV/FWD/Van. Boleh bukak-pasang banyak kali asalkan ko jangan guna paku sudah 

Itulah dia review katil single Masreena... Harga katil RM729 tapi Masreena beli dengan harga RM609 je sepertimana yang diceritakan dalam entry lepas. Katil BRIMNES ni boleh dibeli di Ikea, kalau boleh sekali dengan pemasangan sebab nampak susah je kalau nak pasang sendiri ni... India tu ambil masa 2 jam jugak nak pasang benda alah ni, hari tu tanya sebelum beli dikatanya setengah jam je haha... Marketing baekkk punyaa...  dan kelentong pun baekkk jugakk! Baiklah jumpa lagi, tata



2 comments:

WE said...

Nice...ikea byk furniture yg best... WE tengah survey lemari pasang siap...

AJ said...

Dah lama tak singgah IKEA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...