Monday 12 February 2018

Harga Renew Passport Dah Turun Harga... Horayyyy


Horayyyy

Happy jugak rasa bila harga renew passport Malaysia telah dikurangkan daripada RM300 sebelum ni kepada RM200 sahaja untuk tempoh lima tahun! Ini maklumat terbaru daripada Jabatan Penerangan Negara ye.... 

Namun begitu, pembaharuan untuk tempoh 2 tahun telah dimansuhkan. Eloklah, sebab sekejap sangat pun 2 tahun tu, 6 bulan terakhir dah tak boleh keluar negara dah.. maknanya tempoh sebenarnya yang ko boleh guna cuma 1.5 tahun je 😃😃😃

Tahun 2010 ni passport saya akan tamat tempoh (expired) mudah-mudahan dengan penurunan harga renewal ini, akan mempercepatkan saya untuk renew passport. Kalau benda tu mahal, ko terpaksa ambil masa yang lama untuk kumpul duit supaya dapat dicukupkan... betul tak

Maklumlah bukan satu barang je nak bayar dalam hidup ni... di samping keperluan asas ada lagi keperluan yang lain kan... tempah baju raya, persiapan anak nak sekolah, yang nak travel mungkin kena mohon visa yang pastinya ada bayaran, dan pelbagai lagi urusan rakyat Malaysia... mudah-mudahan diskaun ini akan lebih menyuntik semangat rakyat Malaysia untuk travel ke luar negara... syabas diucapkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Thumbs up!!! 👍👍👍




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...