Monday 19 February 2018

Pengalaman Tidur di Resort World Genting

Hi everybody,

Untuk semua teenangers dan juga working adults.. yang masih dalam mood Chinese New Year, apa khabar dan semoga sihat hendaknya. Sekarang nak buat entry tertangguh 3 bulan yang lepas iaitu pengalaman bermalam di Resort World Genting, Genting Highlands Resort pada 23 November 2017 selama 2 hari 1 malam. Genting Highlands is owned by late Tan Sri Lim Goh Tong, one of the richest man in Malaysia a few decades back.

Kami sampai di Genting Highlands menaiki bas, (entry khas akan dibuat) dan sambung menaiki cable car. Harga cable car dari Awana Genting (terminal bas stand tadi) ke Sky Avenue berharga RM 8 sehala. The price of cable car ride from Awana Genting (terminal bas stand) to Sky Avenue is only RM8 one way and can use within 24 hours, if let say u stop to any station between.

Bila last sekali agaknya korang pergi genting?? Semenjak renovation of Genting Theme Park beberapa tahun sebelumnya, rasanya pengunjung Genting Highlands jadi berkurangan cuma tinggal untuk gambling je. Umum tahun Genting Highlands adalah tempat yang visitor friendly sebab senang nak pergi, dekat dengan KL dan sejuk.

OK ada gak gambar berlatar belakang cable car Genting Highlands!!!

Genting Highlands terkenal dengan:

1- Gambling (main judi) n selalunya jadi tumpuan2 Chinese. Ofismate kitorang asalkan CNY dan dapat bonus mereka akan pergi Genting
2- Taman Tema Hiburan Indoor & Outdoor (renovation)
3- Tarikan Shopping dan pelancongan dalam cuaca yang sejuk

Sebut pasal tempat shopping, sekarang Genting Highlands ada 2 shopping mall yang baru

1- Sky Avenue
2- Genting Premium Outlet (GPO)

GPO ni macam Johor Premium Outlet (JPO) iaitu tempat shopping barang-barang branded yang dah out of season.

Ini adalah gambar-gambar yang saya ambil semasa dalam kereta kabel (cable car) dan saya dapati pembukaan 20th Century Fox Theme Park masih lagi under construction walaupun diumumkan bakal dibuka pada Disember 2017.
Gambaran sebenar 20th Century Fox Theme Park yang bakal siap 
Ini pulak Genting Highlands Theme Park yang lama, aku pernah datang last sekali 5 tahun lepas yang kemudiannya ditutup pada 2013 bagi renovation taman tema yang baru, 20th Century Fox Theme Park, Genting Highlands. In 2013 I went to this theme park 3 times ok... playing roller coaster !!! πŸ˜‰πŸ˜‰ nostalgia sangat

yang mana taman tema lama ini adalah tempat cikcuran aku dahulu kala... datang balik hari je... sebab bukak pukul 10 pagi. gerak pukul 8.30 pagi dari Kuala Lumpur on weekdsays supaya tak Q panjang =D
Please don't laugh, haha! My picture & friends were playing spider ride in Genting Theme Park, 2013 before it has been closed for renovation. Still young at this time ye? eh 

Serba Sedikit tentang 20th Century Fox Theme Park, Genting Highlands yang bakal dibuka tidak lama lagi (OK, tak sabar sesangat T_T penat menunggu)

1- 20th Century Fox Theme Park in Genting Highlands, Malaysia is the FIRST IN THE WORLD

2- The construction of 20th Century Fox Theme Park will cost RM 2.5 billion and would be expected the main attraction of tourists right after it open soon.

3- 2.3 millions of people would be expected on first year of operation

3- The estimated ticket would be RM 150 or USD 36 per person but subject to the official price ticket soon
if compared to Sunway Lagoon, the ticket for that water park RM 120 per person (Malaysian), RM 70 for kid and RM179 for foreigner.

4- 25 acres of land used for 20th Century Fox Malaysia

Itulah serba sikit kehebatan taman tema Genting yang baru. Sementara menunggu kawan-kawan sampai dari Bandar Utama, saya lunch terlebih dahulu di Sky Avenue dalam restoran yang penuh dengan watak-watak komik DC

Lunch spaghetti Aglio E Olio dan black coffee, sedap kopinya
Selesai je makan kawan-kawan dah sampai di Taman Kura-kura Genting (kawasan tokong & hotel) dan saya pun turunlah tetapi malangnya hujan pulak. Sambil kami menunggu hujan reda, kami berbual panjang tentang jenama-jenama kosmetik dan handbag berjenama *girls talk*

Hujan reda dan minum kopi serta cuci mata tengok pemandangan di sekitar tu, kami pun menuju ke Sky Avenue (shopping mall) guna cable car ye, sebab Resort World Genting ada internal connection dengan Sky Avenue. Hotel pula ada banyak dalam Resort World Genting (baru tahu) dan yang saya menang tu adalah Hotel Theme Park, Resort World Genting. Bilik yang diberi pula Quads Room selama 2 hari 1 malam. Jadilah kan... second time dalam hidup tidur di Genting yang tak payah pakai air cond. Kah!

Sampai je bilik terus landing.. test lembut ke tak haha
Lepas rehat2 landing kitorang bersenam kejap di taman bunga di bawah... dan boleh nampak pemandangan lereng-lereng bukit di Genting Highlands ni. 

Rasa macam di oversea gitu... ahakss
Kami borak-borak berdua sebab masa ni Vera pergi bersenam ke sekitar taman... pastu dia datang. Ini adalah first time mengikuti trip overnight the ladies, sepatutnya berlima tapi yang lain busy dengan komitmen masing-masing.. sebenarnya pergi bercuti bagus, meluangkan masa dengan kawan-kawan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan belajar perkara baru. Vera banyak bagi information tentang advertising and networking.. such a nice & friendly woman
Kitorang berborak sampailah ke malam.. sambil masak maggi dalam bilik tengah-tengah malan (supper) sebab masing-masing dah sejuk. Masa ni teringat student life dalam 12-15 tahun yang lepas... betapa cepatnya masa berlalu. Sekarang, saya dapat lebih ramai kenalan baru yang saya panggil "networking"

Pagi besok tu bangun sambil-sambil mengemas borak.. sambil borak make up.. sambil borak makan breakfast... sambil borak kitorang selfie hahaha

Lighting clear sangat bilik ni

Banyak betul berborak sampaikan tak sedar hampir 12 tengahari. Sebelum check out kitorang snap gambar bertiga guna monopod aku. Akhirnya ada gak gambar bertiga dengan Maz dan Vera

Our Trio Pic!!!
3 2 action!!!
Selain memenangi penginapan percuma 2 hari 1 malam sebenarnya kami juga diberi buffet lunch di Coffee Terrace, Genting Grand Hotel, Genting Highlands. Berkongsi internal connection yang sama, sangat convenient dan tak berapa jauh dari Hotel Theme Park tadi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr Johnny Tiew dan Md Chua Kah Mun dari Resorts Communication & Public Relations kerana telah menyediakan kami buffet lunch yang sangat sedap bertaraf hotel 4 bintang! adeiii rasa rambang mata betul nak pilih. Semualah sedap! Desset best! Coffee and hot drinks pun best since I am coffee freak!

Dessert yang cantik & menggiurkan!
Ada banyak lagi gambar-gambar makanan tapi bolehlah refer pada link instagram untuk tengok: Buffet Lunch Coffee Terrace, Genting Grand Hotel

Nampak tak aku amik banyak giler? Dessert, spagetti, sayur-sayuran dan ikan dori. Malu gaks, ahaks tapi tak boleh tahan kek Tiramisu dia yang sedap bangat!

Thank you so much Johnny bagi layanan yang ikhlas pada kami & Coffee Terrace yang sunnguh sedap ni πŸ’—πŸ’—πŸ’—
Selepas hampir dua jam makan borak makan borak... pastu coffee dan borak lagi... hahahah.... akhirnya kitorang nak gerak, saya nak gerak balik diorang masih nak ke strawberry farm
Tq so much Vera belanja breakfast & cofee tadi


Maz dah demam masa ni... sebenarnya nak ucapkan terima kasih sesangat pada Maz sebab jadi incharge atau head untuk trip kali ni.. tak mengenal erti penat untuk set date kitorang. Nasib baiklah masing-masing tak banyak kerenah dan susahkan dia. Looking forward for another trip together ok Maz! Cadang nak ke Langkawi tapi tak jadi. Kalau Genting dah bukak taman tema nya why not kan?? Next entry saya tulis pasal Sky Avenue pulak. Stay tune!!!


1 comment:

zarina said...

jarak dari cable car ke hotel resort world genting jauh x? saya plan nak bawa anak2 n check in hotel tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...