Tuesday 13 February 2018

Kenapa saya suka SOLO TRIP

Assalamualaikum w.b.t.

Ada kawan-kawan terdekat yang tanya kenapa saya berani travel ke Eropah seorang diri. Ehmmm pastinya saya ada jawapan konkrit ke atas itu. 

Trip to Amsterdam-Germany-Switzerland pada April 2017
Solo Traveller Trip

Trip to Paris-Amsterdam pada Jun 2017
Work Trip (Ada presentation)

Jadi sukar nak menjawab sebab ada keperluan masing-masing. First trip to Europe on April 2017, saya nekad nak pergi selepas 2 tahun melelong cari teman travel tapi tak jumpa. Akhirnya selepas satu demi satu menyaksikan Passport Malaysia menjadi 5 yang terbaik dunia, kemudian dalam masa beberapa bulan naik 4 terbaik dunia, membuat saya nekad, untuk pergi jugak kerana tak mahu sia-siakan umur saya dengan MENUNGGU. 

Agaknya kalau 2 tahun sudah saya ke trip ini tanpa menunggu sesiapa, umur 29 saya dah ke Europe (sobs).

Now dah terlajak 2 tahun disebabkan menunggu peluang. Sebenarnya, kita yang kena cipta & halakan diri ke arah peluang.

Nak dijadikan cerita, tak disangka-sangka tak sampai 2 bulan perjalanan saya di Eropah-April tu, dgn tak semena-mena saya ada trip lagi ke Eropah (bulan puasa lagi ye!), Maaflah belum update entry lagi... sowi sangat2... akan dicuba bila cuti panjang CNY ni. Saya pun memang nak update kalau tak rugi nanti lupa, kalau tulis dalam blog boleh jadi rujukan di masa akan datang

Kali ni, saya ke Paris. Bukanlah untuk berseronok ye, tapi ada peresentation yang kena saya perform di situ.

"wahh.. ada presentation di Paris?? Bestnya!"

Ketahuilah bahawa, kalau anda travel dgn urusan kerja ia bukanlah seindah yg anda gambarkan. Sebab otak kita akan berfikir macam mana nak present nanti... kemudian ada Q&A lagi.. discussion lagi.. stress gak... ini bukannya trip ikut husband pergi outstation. I sendiri yg perform kerja tu, maka ia sangatlah mencengkam minda! Tambahan lagi, ini kerja luar saya sendiri maka dengan itu... all of the cost would be covered by myself!

Selain dari tu, ada 2 trip lagi saya pergi berseorangan, iaitu 

Sydney, Australia pada August 2016
Solo Travel, tapi di Sydney ada kawan menanti (Alex)

Ho Chi Minh, Vietnam pada October 2016
Solo Travel, tapi di HCM ada ground travel agent (Mrs Khanh) dan ada travel group mix with worldwide people

Jadi maknanya trip yang benar-benar seorang diri adalah Amsterdam-Germany-Swiss tadi.

Saya memang agak cerewet memilih pasangan travel.... berdasarkan pengalaman lepas-lepas seperti di universiti, sekolah dll. Pengalaman mematangkan kita untuk mempelajari karakter manusia.

Dan antara sebab saya suka travel berseorangan adalah kerana, I WOULD BE APPROACHABLE BY ANYONE 😊😊😊 sebab saya seorang yang suka berkawan dengan bangsa berlainan dari saya 

Ok ini pagi sebelum nak ke presentation for proposed something. Mamat ni staff di Jacob Inn, tempat saya menginap sepanjang di Paris.

Fariz berasal dari Morocco dan banyak sangat tolong saya especially ada masalah semasa saya book another hotel. Saya tak jadi tukar hotel, sebab saya dah selesa duduk di Jacobs Inn since the next hotel tu, takde dapur. So camane nak masak? Jadi saya mintak tolong Fariz call kan hotel tersebut untuk batalkan tempahan. Since dari tu kami selalu bercakap. 

Total saya duduk di Jacobs Inn adalah 6 hari 5 malam ye. Amsterdam 3 hari dua malam. Dalam bas dari Amsterdam ke Paris pula 1 malam. Total 9 hari 8 malam saya berada di Eropah untuk bekerja, yang mana selepas itu gerak ke Amsterdam sebab rindu sangat nak tengok Amsterdam lagi. Selalunya saat terindah, kita nak ulang banyak kali kan? ❤❤❤

Hari Pertama di Paris... saya dah melawat Eiffel Tower dan menikmati macaron di Laduree. 

Hari Kedua di Paris... ada presentation. Balik dari presentation, saya terus menuju ke signature attraction yang berhampiran Jacobs Inn/Barbes Rochechourat iaitu Sacre-Couer, puncak tertinggi di Paris. Terletak di atas bukit, Sacre-Couer cuma 500 km sahaja berjalan kaki dari Jacobs Inn.

Nak naik Metro pun boleh, station Sacre-Couer tapi still kena panjat bukit atau boleh naik kereta rasanya. 

Sambil-sambil naik bukit tu, sempat lagi saya usha rumah orang Paris... ini rumah apartment ye... tapi cantik & classic sangat!
Lagi apartment rumah orang... adehh jealous tengok balcony diorang :)
Done! Sampailah Basilique Du Sacre-Ceure De Montmarte
Walaupun nampak macam masjid, tapi sebenarnya ini adalah gereja ye. Walaupun boleh beli tiket dan masuk, saya rasa tak perlulah. Nanti jadi pulak trip ala-ala ke Hong Kong & China last time, asyik masuk tokong Buddha terbesar, tertua, terulung semua jenis "ter" ada, 4-5 kuil jugak kena pergi (masa tu company trip & most of them Chinese)
OK kalau nak lebih terasa lagi suasana di Sacre-coure, silalah tengok video ini. Korang akan terasa betapa damainya atas bukit tu.


Korang boleh hayati keindahan seni bina Basilique Du Sacre Cceur De Montmarte ini




Sambil-sambil tu tengok orang kulit gelap ni menyanyi... terhibur kejap.. dengan suasana windy atas bukit.. aku turut menyanyi sama.. sesambil tu hulurlah sikit, atas usaha dia kan :)

Yang ni pulak ada aweks nyanyi, sedap gak suara dia!



Terhibur tengok gelagat orang-orang di Eropah.. yang pasti diorang tak malas TEPUK TANGAN / CLAP sebagai tanda sokongan... opsss

Di sini hati-hati sikit dengan kanak-kanak India peminta derma, once ko layan sorang, kejap lagi berbondong-bondong yang datang keliling ko... last-last aku halau je... garang tak aku
Sacre-Coure De Montmarte adalah kemuncak tertinggi Paris! Bukan kemuncak Everest ye! lol.. haha...
 Masa aku bukan sibuk tengok gereja bersejarah tu (sebab dah ambil gambar, kalau masjid nak gak aku masuk, tapi gereja tak pelah, cukup lah sekadar aku mengkagumi keindahan gereja ini. Memang cantik dan menjadi salah satu signature attraction di Paris. Aku suggest pembaca atau traveller yang beragama kristian, bolehlah have a look dalam church ni.

Baiklah turun dari bukit tu, aku nak balik menuju ke bilik. Masih kenyang lagi sebab pagi tu, aku masak nasik goreng di kitchen. Rugi pulak aku tak tunjuk dapur tu, lebih kurang rupanya macam dapur asrama (semua diperbuat daripada besi).

Turun dari bukit (bukitnya tak ubah macam nak naik ke Wisma Putra je, haha!) selepas melalui apartment, akan melalui shop lot-shop lot kedai. Semua kedainya cantikkk

Lawa kan kedai-kedainya?
Boleh tak nak berangan makan berdua dengan laki kat sini??? ❤Aida you are so dreamy!! 
 Sampai-sampai je di bilik, aku dapati roommate baru dari Sepanyol (Spain) namanya Anna dah bangun dan kitorang start borak-borak since Anna kata dia still letih flight malam tadi. Kagum jugak dengar cerita dia naik train travel ke Europe! Dan sempat jugak cerita pasal boyfriend since dia ada blonde-blue eye boyfriend masa dia bekerja di London, tapi dah putus. Rupa-rupanya Anna pun sama je macam wanita Asia, dia pun menyimpan impian nak boifren rambut Blonde macam Chris Pine πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Aku pulak yang tergelak masa menaip entry ni! =D

Image result for chris pine
Kenal tak Chris Pine?? Ingat Star Trek Beyond ye πŸ˜†πŸ˜†

Then Anna cakap lapar, oklah jom turun tengok apa yang ada. 

Ini kedai yang betul-betul bersebelahan Jacobs Inn. Banyak betul Nutella dia.... wowww
 Tapi kitorang tak jadi beli apa pun since tengok menu nya yang kurang memberangsangkan. Then masuk dalam balik dan tanya Mohamad (staff Jacob Inn jugak) dia suggest beli barang je di Carrefour hujung row shop lot ni, dan masaklah. La ye ke, ada carrefour kat sini.

Then saya dan Anna pun berjalan ke sana... sambil borak-borak. Dia seorag fotografer, at the same time jadi cikgu Yoga. Fuyo... katanya dia boleh buat apa sahaja untuk cari duit, dan parent dia pun takde halangan, ok. Kagum sekejap dalam hati. Anna siap puji lagi makanan ruji orang Asia (nasi) sangat bagus sebab boleh tahan lapar dalam jangka masa yang lama. Bagusnya knowledge dia!

Gambar kitorang panaskan lauk takde.... hahaha... cuma kitorang sempat bergambar bersama di meja makan, sesambil kitorang makan, sebenarnya kitorang berborak jugak dgn orang lain yang tengah makan. Seronok, macam2 negara ada sini. Yang paling best kalau berborak dengan orang local Paris.

Anna from Spain (Sepanyol)

Sesambil tu selit sikit gambar-gambar Jacobs Inn punya facility camane.
Sempoi je kan? Haha! Tapi walaupun macam ni, tapi Jacobs Inn ada SEMUA yang kau perlukan untuk survive dengan 22 Euro satu malam. Free breakfast lagi iaitu roti coklat & kopi.

Sebenarnya bila baca review di booking.com, ramai komplen pasal "Free Breakfast - actually lie only a bread and coffee from vending machine...."

tapi... hasil sembang dengan orang local Paris, barulah tersedar yang orang Paris bukan pelahap macam orang yang komen tu (tak tahu dari negara mana orang-orang tu semua). Rakyat Paris, breakfast bagi mereka memang ROTI atau CROSSAINT. Bukan buffet, bukan spagethi, bukan telur dll. 
Bagaimana saya tahu? Sebab ada satu pagi tu, saya masak nasik goreng. Semasa saya bawa makanan masuk ke dining area, ada sorang wanita Perancis yang tegur saya, "wahh banyaknya makan..." dan saya balas, "this is breakfast from Malaysia.." πŸ˜–

Ko tahu apa dia jawab?? Jawapan dia membuatkan aku malu dan merasakan bahawa patutlah ramai orang foreigner cakap rakyat Malaysia banyak yang gemuk-gemuk.. wakakaaaa

Dia cakap, " rakyat Perancis sarapan pagi cukuplah dengan roti je... "

Tersipu-sipu aku masa tu... barulah aku tahu, makna breakfast bagi orang Perancis... dan apa yang aku baca dalam booking.com tu adalah, orang negara lain komplen Jacobs Inn "menipu" kerana mereka expect bahawa breakfast adalah segala jenis makanan berat (cereal telur hotdog fried rice spaghetti pizza or dll) sedangkan hakikat sebenar...

'' Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak ''


Semoga terhibur and stay tunee


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...