Tuesday 20 February 2018

Pengalaman Shopping di SKY AVENUE Genting Highlands

Baiklah hari ni nak habisan gambar-gambar dalam handphone, nak ceritakan pengalaman bershopping di SKY AVENUE, Genting Highlands

Muka happy rombongan Cik Kiah kitorang pada hari tu!!!!

Sky Avenue ni adalah retail SHOPPING COMPLEX sebenarnya yang dikhaskan untuk pengunjung-pengunjung yang datang ke Genting Highlands. Umum mengetahui bahawa Genting Highlands ni adalah tempat pelancongan dan hiburan, yang mana jadi tarikan pelancong dunia yang melawat Malaysia yang mana :

1. Casino macam di Las Vegas, Los Angeles & Macau, China

2. Taman Tema Hiburan Outdoor (renovation) dan Indoor. Yang ni saya dah dah ulas lanjut pada entry yang lepas (klik SINI)

3. Genting Premium Outlet... jadi dah tak perlu lagi ke Johor Premium Outlet. Kan jauh tu? Selain Sky Avenue, ada lagi 2 shopping mall iaitu Awana Sky Central dan First World Plaza

4. Area of Star & Genting Convention Centre kalau nak buat event
SKY AVENUE terletak di tengah-tengah Resort World Genting yang dimiliki oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Ada galeri khas Tan Sri Lim Goh Tong ini di Genting Grand Hotel
Lokasi Sky Avenue Shopping Mall ni pulak boleh refer pada gambar ni yang diambil dari website Sky Avenue. Entry cara nak pergi ke Genting Highlands dan Sky Avenue akan menyusul

So pagi tu kitorang bertolak naik bas menuju ke Sky Avenue untuk seminar yang mana tetiba aku terpilih jadi model ESPRIT hari tu... sabar je lah. Nasib baik pakai high heel hari tu hoi minah pendek. LOL

Ok staff betulkan baju untuk fashion show Esprit
Kawan-kawan kutuk aku masa ni kata au wat muka macam Kendall Jenner. Hello?? JAUH PANGGANG DARI API ye... sebetulnya, iols nervous 😅😅😅
Pagi tu kami diberi sarapan yang best oleh penganjur, thank you so much untuk Blu Inc Media kerana bersusah-payah cari penganjur untuk kitorang bershopping dengan penuh tenaga kejap lagi (dah draw duit banyak-banyak untuk shopping sebenarnya)

Strawberry cream puff... jarang sebenarnya aku makan yang fancy macam ni. Selalunya original 
Makan roti crossaint je yang pasti dengan kopi memang tak tinggal la... tapi limit sehari 1 cup of coffee only, 
Ballroom meeting di sky avenue ni memang cantik cantik ar. Posing jap
Bergambar di tangga keramat. Ko ingat Nora Danish je mampu bergambar di tangga keramat tiap-tiap kali Aidilfitri & AidilAdha?? Kami pun boleh ye!
Untuk hari tu saya datang berdua dengan sahabat baik saya, Kak Zaida dari Bangi. Kenal dia pun since borak-borak dengan dia di Butik Shoes Shoes Shoes di Jalan Telawi, Bangsar *still ingat bila waktu pertama kali bertemu*

Kak Zaida anak dah 3 tapi macam anak dara sesangat! Memang layak dijadikan idola
Kemudian habis seminar kami dibawa menjamu selera di restoran Itali, Sebenarnya di Sky Avenue, restoran paling terkenal di sini adalah Burger Lobster, tapi hari tu kami cuma makan apa yang trip sediakan. Rasa nak datang lagi ke sini dan cuba, mesti sedap sebab saya penggemar Lobster.

antara hidangan di Burger Lobster yang famous
Kami makan piza di Motorino, sedapppp

Ni antara hidangan roti yang ada di Motorino. Yang lain dah ngapp masuk mulut

So lepas lunch dengan konco-konco berjalan lah sambil cari barang-barang nak shopping sebab masa yang diperuntukan adalah 4 jam, dan kami boleh touch up make up di Sephora

Aku dah make up sebelum datang sini. So cuma touch up sesikit je lah, dan kebetulan masa tu ada perayaan Halloween, jadi jurusolek Sephora tanya nak make up gothic ke tak? Ok kak zaida nak... hahaha... tetiba tu yang lipstick nya bertukar warna. Dan ada kawan kami yang Chinese guna lipstik biru, cantik gak

My friend till jannah, insya Allah =)
Kitorang dengan kawan-kawan terpisah sebenarnya sebab masing-masing busy nak shopping. Aku sibuk dengan H&M ye, sebab H&M sini baju-bajunya trendy berbanding di KL cepat sangat habis dan yang tinggal yang tak best je. 

Sesambil shop dengan Maz & Kak Zaidi, sempat lagi buat video. Bila lagi nak hang out dengan kawan kan? 


Ni satu lagi video.... menggambarkan betapa gembiranya hari tu di Sky Avenue. Kitorang dalam masa 4 jam tu ada singgah minum di Starbuck & Nyonya Colors sebab penat berjalan sambil shopping lagi. Sambil borak lagi


Last sekali sebelum balik kitorang dinner dahulu steam boat di Resort Seafood yang sangat sedap dan banyak kuah ada pelbagai jenis.


Sebelum balik bergambar lagi dengan Jessie & Maz... tetiba yang lain pun nak join posing di tangga keramat Sky Avenue... bukan tangga keramat Puan Sri ye 
US

Ok tq so much Sephora & Blu Inc Media!!
OK nak datang lagi bawak adik-adik ke sini... memang seronok! Thumbs up untuk management Genting Highlands!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...