Wednesday 14 February 2018

Selamat Pengantin Baru Chryseis Tan & SM Faliq


Harapnya masih belum terlambat untuk ucapkan Tahniah Tahniah Tahniah untuk waris Berjaya Group, si cantik Chryseis Tan atas pernikahannya dengan SM Faliq Nasimuddin!!!

Perkahwinan dua waris syarikat Naza dan Berjaya: Nama Chryseis Tan paling dicari
Happy Newly Wed dari rakyat Malaysia walaupun di mana jua kami berada :)

" Enggang Sama Enggang, Pipit Sama Pipit "

Itulah pepatah yang paling tepat menggambarkan pasangan merpati dua sejoli ini. Mula berkenalan semasa zaman persekolahan, empat tahun menyulam cinta akhirnya Chryseis Tan dilamar SM Faliq tahun lepas dan gambar tersebut telah menjadi viral di Instagram. Memang sweet gilerr wa cakap luuu

Image result for gambar lamaran chryseis tan
Proposed time of SM Faliq to Chryseis Tan, has been viral in internet & news on 3rd July 2017

Chryseis Tan is a daughter of Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group's billionaire

SM Faliq Nasimuddin is a son of late Tan Sri SM Nasimuddin bin SM Amin, the founder of Naza Group of Malaysia


Image result for gambar kahwin chryseis tan

Image result for wedding chryseis tan

Image result for wedding chryseis tan tea ceremony

Betapa indahnya perkahwinan antara 2 budaya utama di Malaysia, untuk yang belum tahu, Islam adalah agama rasmi Malaysia dan mana-mana yang bukan Islam yang ingin berkahwin dengan pasangannya beragama Islam, hendaklah convert terlebih dahulu tak kiralah lelaki ataupun perempuan.

Berbeza dengan negara-negara lain seperti Indonesia atau tanah Arab yang membenarkan perkahwinan antara pasangan berlainan agama yang mana, di sisi agama Islam sepatutnya tidak sah perkahwinan tersebut (mungkin hanya sah dari undang-undang sivil). Tetapi dalam dunia hari ini, in order to survive for living, ramai sahaja wanita Islam terutamanya yang tak peduli malahan ada yang sanggup menukar agama. Perkara ini Masreena banyak lihat di kalangan wanita Indonesia dengan lelaki agama lain di Malaysia ini (pada mulanya mereka datang sebagai pekerja atau pendatang asing atau overstay dan berkahwin dengan lelaki Cina, India, dll hingga memiliki anak). 

Perangai diorang ni memang teruk. Ada yang dah kahwin di Indon, datang Malaysia menikah pula dengan orang lain... kalau Iraq pulak, asalkan yang lelaki tu Islam, dia boleh kahwin dengan perempuan Israel (Yahudi) atau Kristian (Nasrani). Wahhh senangnya hidup ko kannnnn.. zaman sekarang ni mana ada lagi ahli kitab?

Eh panjang plak bebel kannnn!!!! Buat apa spoil mood... kita patutnya meraikan orang yang baru berkahwin! 

Chryseis Tan, anak billionaire Berjaya Group, saya dah lama follow IG dia. Memang asyik travel je kerjanya dan dia memang minat travel. Maklumlah harta bapak 7 keturunan makan pun tak habis!!!! Apa ada hal kannnn

Anak orang kaya pergi bercuti cater private jet terus!!!!


Buat bachelor party siap sponsor kawan-kawan celebrate di Japan! What a wonderful life ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Gambar Pre Wedding pula diambil di Venice, Italy ye. Apa susah terbang je naik private jet kannnn. Sila cemburu... sebab giler kaya weiii... dan gambarnya sangat cantikkk sampai nangis tengok! T_T
Untuk orang yang suka travel macam saya, saya boleh appreciate every single pictures of her in instagram. Sebabnya, memang bukanlah kerja mudah & murah untuk tangkap gambar yang cantik-cantik macam dia dapat. Dan sedikit sebanyak boleh belajar tempat-tempat menarik yang Chryseis ni share di IG. Pendek kata, memang berbaloi lah follow IG dia ni walaupun data ko habis! hahaha ๐Ÿ‘…

Kepada pasangan pengantin baharu, saya doakan selamat menempuh alam perkahwinan, walaupun tak berapa mencabar sebab tiada masalah duit (tiada masalah duit maka semua urusan boleh dibuat & dipermudahkan.. stress pun kurang tak perlu bergaduh pasal duit or malas carik duit kalau kahwin lelaki biasa kannn) tapi jangan lupa 7 tahun pertama kahwin adalah saat untuk mengenali pasangan je sebenarnya. Untuk sesuaikan diri dengan orang yang kita akan hidup bersama selama-lamanya (cewahh). Contohi abang mereka SM Nasarudin yang telah 7 tahun melayari kehidupan rumah tangga yang bahagia dengan isterinya Marion. Atau boleh mencontohi orang lain jugakkkk... tak kisahlahhh, yang pasti semoga Chryseis Tan teruskan travel & keep inspired people ok!! ❤❤




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...